Alert

Sunday, June 12, 2011

Misi Kemanusiaan ke Gaza, Palestine

Pecinta Palestine

MISI KEMANUSIAAN ke Gaza, Palestin kali ini akan dipelopori oleh PERSATUAN BELIA SRI AL-AIN (BERSAMA) atas pelbagai aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan insan di sana. Di antara aktiviti utama misi ini ialah:

1.      Menyalurkan bantuan dalam rupa peralatan, pakaian dan perubatan kepada mangsa peperangan.
2.      Mengumpul sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti pembaikan iaitu membaik pulih di kawasan bangunan seperti hospital, masjid, insitusi pendidikan dan kerajaan yang dibedil.oleh rejim Zionis.
3.      Mengumpul dana untuk membeli ambulans kepada hospital-hospital yang berada di Gaza


Dengan itu sokongan dan kerjasama amat dialu-alukan dari orang perseorangan, tokoh korporat dan agensi untuk melaksanakan misi ini. Usaha ini akan dapat terus membantu umat Islam yang kurang bernasib baik dan hidup di dalam kedaifan yang tidak pernah terlihat oleh mata dan terdengar oleh telinga kita di seluruh dunia. Mereka yakni rakyat Palestine sangat mengharapkan sokongan untuk meneruskan kehidupan dan memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air mereka. Selain kewangan sumbangan dalam bentuk sokongan moral, material dan tenaga manusia juga dialu-alukan. Mereka amat memerlukan pembelaan dan perhatian.

Tentatif
15 Dis - 5 Jan 2012           


Kos Keseluruhan
RM600,000


Anggota Misi
20 orang


SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN

  1. 3 buah kenderaan untuk dijadikan ambulans  
  2. Perubatan
  3. Pakaian yang sesuai
  4. Media cetak dan alat tulis
  5. Kewangan
Sumbangan anda boleh dibuat berikut:
No Akaun : 2-00-5561-00001319-0    Persatuan Belia Sri Al-Ain (BERSAMA)
Nama Bank : Agro Bank


Demonstration
Peace and Freedom











No comments:

Post a Comment