Alert

Prihatinla Kami



SERUAN KEPADA MEREKA YANG MEMILIKI KESEDARAN
Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian.
warga tua sedang berdoa kerana musibah
Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia...
Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi.  

Orang Islam Chechen yang diseksa
Semakin ramaimanusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.
Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.
Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.
Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagai­mana­pun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:

Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)


Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di 
Tentera Rusia yang zalim
dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)
Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:
...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)
MUSUH-MUSUH DUNIA ISLAM


PERIKATAN ANTI-ISLAM BERHADAPAN DENGAN UMAT ISLAM
Bab-bab yang berikutnya akan mengkaji dunia Islam negara demi negara, dan akan mendedahkan penindasan dan kekejaman yang dikenakan kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, sebelum itu, kita mesti melihat punca-punca serangan yang di­lancar­kan kepada dunia Islam.
Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang men­diami kawasan tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam.
Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan. Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.
Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.

KOLONIALISME DAN KEBENCIAN TERHADAP ISLAM

Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah peme­rintahan British dan Rusia. Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.
Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.
Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.
Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.

DASAR IDEOLOGI-IDEOLOGI PERMUSUHAN TERHADAP ISLAM
Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:
1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.
2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.
3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.
Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.
Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.

KEKEJAMAN BERTERUSAN SELAMA 200 TAHUN DI DALAM DUNIA ISLAM




Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.



Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas. Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.
Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."
HUBUNGAN DI ANTARA DARWINISME, KOLONIALISME DAN FASISME

Konsep pergelutan untuk terus hidup oleh Darwin telah menjadi sumber inspirasi penting kepada fahaman rasisme (perkauman), komunisme dan fasisme, termasuk juga imperialisme.
Darwinisme kononnya dipanggil asas saintifik kepada kolonialisme. Ini kerana Darwin telah meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya itu. Beliau menganggap bangsa kulit putih Eropah merupakan bangsa yang paling maju, dan menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai makhluk yang setaraf dengan beruk. Di samping itu, beliau turut mencadangkan bahawa semua manusia berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan itulah "hukum alam" yang mana Barat harus memenangi pertarungan ini dan memperhambakan bangsa-bangsa yang lain. Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau telah menulis:
Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti-manusia)... tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang mana ia (pent: iaitu kumpulan terdekat) akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, sepert yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Caucasian, dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorila.1
Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan meng­gunakan konsep "perjuangan untuk terus hidup" (struggle for survival). Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih sesuai akan terselamat. Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan suatu proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.
Idea tidak saintifik yang dikenali sebagai "Sosial Darwinisme" (Social Darwinism) ini, telah diterima dengan meluas dalam dunia sains yang masih primitif ketika itu dan ia telah menjadi sumber justifikasi asas kepada kolonialisme Eropah.
Sosial Darwinisme menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme dan juga imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad kesembilan belas yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (seperti Friedrich Nietzsche, Heinrich von Treitschke, Francis Galton, dan Ernst Haeckel) telah dipengaruhi hebat oleh teori evolusi Darwin, terutama sekali tentang konsep "perjuangan untuk terus hidup." Mussolini, seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama, merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka juga telah mendapat inspirasi daripada Sosial Darwinisme. (Untuk maklumat lanjut, rujuk karya Harun Yahya, Fascism: Darwinism's Bloody Ideology, Istanbul, Global Yayýncýlýk, 2001)
KEBENCIAN IDEOLOGI-IDEOLOGI KOMUNIS TERHADAP ISLAM
Darwinisme turut menjadi asas kepada komunisme. Ia telah dijelaskan oleh pengasasnya yang pertama, Karl Marx dan Friedrich Engels. Kedua-duanya merupakan ateis, yang melihat penghapusan ke­percayaan beragama merupakan sesuatu yang amat penting kepada komunisme, dan kedua-duanya memahami sejelas-jelasnya bahawa teori evolusi dapat membantu mereka mencapai hasrat yang diidam-idamkan.
Tidak berapa lama selepas buku Darwin diterbitkan, Engels menulis surat kepada Marx yang berbunyi: "Buku Darwin yang sedang saya baca ini amat bagus sekali."2 Pada 19 Disember 1860, Marx membalas, "Inilah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk rujukan kita."3 Di dalam suratnya yang lain kepada seorang lagi rakan sosialis, Lassalle, yang bertarikh 16 Januari 1861, Marx menulis, "Hasil kerja Darwin adalah sangat penting dan memenuhi niat saya yang mana ia menyediakan asas kepada sains tulen untuk perjuangan kelas yang bersejarah,"4 maka dengan itu telah mendedahkan betapa pentingnya teori evolusi kepada komunisme.
Para diktator seperti Lenin, Trotsky, Stalin dan Mao Tse-tung telah memberikan komen mereka tentang komunisme, yang mana ia menunjukkan suatu hubungan ideologi kepada idea Darwin. Teori evolusi dijadikan asas pendidikan dan polisi pertanian di bawah rejim komunis. Semua pergerakan komunis menemui asas ideologi dan justifikasi apabila mereka melihat fahaman Darwinisme.
Bagi ideologi komunis yang begitu terpengaruh dengan Darwinisme, masyarakat hanyalah "sekumpulan haiwan." Manusia adalah tidak bernyawa, makhluk yang dungu, "mesin manusia-haiwan", dan tidak berguna. Hukum "Ada banyak kumpulan haiwan, jadi tidak mengapa jika satu hilang" telah menjadi asas pemerintahan. Mereka yang cacat dan tidak berupaya berkerja akan disingkirkan daripada kumpulan tersebut dan akan dibiarkan mati. Mereka dilihat sebagai sesuatu yang sakit dan berbahaya. Tidak wujud langsung sebarang perasaan kasih-sayang, belas kasihan, dan kesetiaan. Memandangkan mereka percaya tiada kehidupan selepas kematian, maka mereka hidup dengan menggunakan seluruh kuasa yang dimiliki. Memandangkan semua orang adalah musuh dan pesaing di dalam pergelutan untuk terus hidup, maka segala tindak-tanduk dilakukan untuk menentang mereka, dan kebencian menjadi satu perkara lumrah.
Adalah sesuatu yang semulajadi bagi ideologi komunis, yang mewujudkan suatu masyarakat tanpa semangat moral, sprituil dan juga kemanusiaan, turut memusuhi agama. Sifat-sifat mulia seperti nilai-nilai moral, cinta, sayang, belas kasihan, sanggup berkorban, berkerjasama dan saling bermaafan tidak mendapat sebarang tempat di dalam model yang diwujudkan komunisme. Apabila seseorang membaca tulisan-tulisan Marx, Engels, Lenin, Stalin, Trotsky, Mao dan para pendukung ideologi komunis yang lain, mereka akan dapat melihat kebenaran hakikat tersebut. Marx menggambarkan agama sebagai "candu masyarakat" dan juga sebagai budaya yang dibentuk oleh kelas pemerintah yang hanya melenakan orang-orang miskin. Oleh itu, beliau mencadangkan agar sebarang kepercayaan beragama dihapuskan jika komunisme mahu bertapak dengan kukuhnya.
Di dalam artikel Lenin yang bertajuk "Socialism and Religion" (Sosialisme dan Agama), yang diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah berbahasa Rusia Novaya Zhizn, beliau menggambarkan agama sebagai "kabus" yang harus dihapuskan, dan juga turut menyusun propaganda komunis yang akan dilaksanakan. Di dalam "The Attitude of the Workers' Party to Religion" (Sikap Parti Buruh Terhadap Agama) yang diterbitkan di dalam majalah Proletary pada tahun 1909, beliau sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial Rusia (yang kemudiannya dikenal sebagai Parti Komunis) telah menulis:
Asas kepada falsafah Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali isytiharkan, ialah dialektikal materialisme, yang telah mengambil alih sepenuhnya tradisi bersejarah materialisme abad kelapan belas di Perancis dan juga materialisme Feuerbach (separuh masa pertama abad kesembilan belas) di Jerman yang mana ia merupakan ateis mutlak dan memusuhi semua agama dengan hebatnya. "Agama adalah candu masyarakat." Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah menjadi batu asas kepada pandangan ahli-ahli Marxis terhadap agama. 5
Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx terhadap semua agama, dan juga telah mendedahkan kejahilannya tentang perkara tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut tidak mencerminkan kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi ateis yang lain menyebabkan manusia tidak dapat berfikir, dan melakukan apa sahaja yang diarahkan tanpa banyak soal. Adalah sesuatu yang jelas bahawa manusia yang tidak pernah berfikir tidak akan mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya menjadikan hidup mereka penuh dengan tipuan dan kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami tujuan dunia ini diciptakan, dan juga sebab kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:
Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara keduanya dengan tujuan main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan hak (kebenaran), tetapi majoriti mereka tidak mengetahui. (Ad-Dukhan, 38-39)
PENINDASAN KOMUNIS MASIH TERUS BERLAKU...



Kuasa-kuasa komunis menyebabkan umat Islam terus menderita dengan menyerang mereka yang tidak bersenjata: baik lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi di ribaan.

Mengikut pandangan ideologi komunis, yang dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin, masyarakat hanyalah “sekumpulan haiwan.” Manusia adalah sebuah jentera industri yang tidak bernyawa, yang terletak di antara makhluk manusia, haiwan dan juga mesin. Kekejaman di Chechnya telah dilakukan oleh Rusia – yang masih diperintah oleh bekas komunis – adalah bukti berlakunya amalan sistem tersebut.
Oleh itu, setiap individu harus memikirkan pertama sekali tentang tujuan penciptaannya, dan kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat di alam ini dan juga yang akan dijumpai sepanjang kehidupan mereka. Seseorang yang gagal berfikir hanya akan dapat memahami kebenarannya setelah dia mati, di hadapan Allah, tetapi ketika itu segalanya sudah terlewat. Berfikirlah sementara kita masih punya masa, dan kemudian buatlah kesimpulan. Ia pasti akan memberikan faedah kepada kita di Hari Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah menyeru manusia, dengan menggunakan utusan-utusan dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir tentang tujuan penciptaannya dan seluruh alam semesta ini:
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)
Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia berpaling dari agama, sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir. Namun seperti yang telah kita lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.

KESIMPULAN
Secara ringkas, telah jelas bahawa ketiga-tiga ideologi yang memusuhi dunia Islam itu telah berakar-umbi dari budaya ateis yang telah menguasai dunia Barat pada kurun kesembilan belas.
Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya perang intelektual dilakukan untuk menentang segala fahaman ateisme, yang mana ia bukan sahaja suatu kuasa yang cuba membinasakan kehidupan manusia di Akhirat dengan menghapuskan kepercayaan beragama. Sebaliknya ia juga, pada masa yang sama, turut bertujuan untuk memusnahkan dunia ini, menukarkannya menjadi sebuah tempat yang dipenuhi kekacauan dan peperangan, dan ia melihat umat Islam sebagai sasaran utama.
CHECHNYA
 
PENINDASAN YANG DILAKUKAN DI MATA DUNIA
Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet kira-kira sedekad yang lalu, zaman kepayahan masih dirasakan oleh banyak negara yang dahulunya merupakan sebahagian daripadanya. Kesan dari polisi perluasan kuasa Rusia di Kazakhstan, Turkmenistan, Azerbaijan, Uz­be­kistan, Kyrgyztan dan Dagesten masih belum dapat dipadamkan. Negara-negara ini, yang percaya bahawa mereka mampu membina keamanan dan memupuk persaudaraan selepas bebas daripada penindasan rejim Soviet, kemu­diannya mendapati mereka terpaksa ber­konfrontasi dengan penindasan Rusia dalam bentuk yang agak berlainan sedikit. Sebaliknya, ada juga satu bangsa yang masih belum bebas daripada perjuangan 400 tahun untuk men­dapatkan kemerdekaan daripada Rusia. Negara itu ialah Chechnya, yang mana keberanian dan hasrat mereka untuk mendapatkan ke­merde­ka­an telah tercatat di dalam sejarah.
Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawa­nan dan seterusnya pembunuhan yang di­lakukan terhadap Imam Mansur, seorang pe­juang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia. Pada tahun 1816, selepas Czar (Pent: gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam. Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber­juang hebat untuk men­dapatkan kemerdekaan, yang seterusnya di­per­turunkan dari satu ge­ne­rasi ke satu gene­rasi berikutnya se­hing­ga­lah ke hari ini.
Pasukan tentera Sheikh Shamil dengan gagahnya menentang dasar perluasan wilayah oleh pihak Rusia selama suku abad, dari 1834 sehingga 1859. Namun demikian pada akhirnya, Rusia berjaya menawan wilayah tersebut dan terus berada di situ sehingga hari ini. Perjuangan orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini sebenarnya adalah sambungan dari pergerakan yang dimulakan oleh Sheikh Shamil.

BAGAIMANAKAH SITUASI SEMASA TERCETUS?
Ada berbagai-bagai sebab, faktor-faktor sejarah dan ekonomi tertentu, yang terselindung di sebalik penindasan kejam dan keganasan yang dilakukan terhadap orang-orang Chechen oleh pihak Rusia. Chechnya sebenarnya mempunyai kepentingan besar kepada Rusia berbanding republik-republik Caucasian yang lain. Wilayah ini mengandungi simpanan tenaga yang sangat banyak, terutamanya minyak dan gas asli. Semasa Perang Dingin, pihak Komunis Rusia mendapatkan segala keperluan bahan mentahnya dengan harga yang begitu murah daripada Chechnya, dan juga turut menggunakan negara tersebut untuk kepentingannya sendiri. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, walau bagaimanapun, deklarasi kemerdekaan yang dituntut oleh Chechnya - sumber bahan mentah terbesar - dan juga bekas-bekas republik Soviet yang lain telah meletakkan Rusia di dalam ke­bimbangan.

Tentera Sheikh Shamil telah menentang askar-askar Rusia dan menjadi nenek-moyang kebangkitan pejuang Chechen pada hari ini.
Di samping faktor ekonomi, polisi perluasan kuasa Rusia yang berabad-abad lamanya menjadi faktor sejarah yang membawa kepada huru-hara yang baru-baru ini berlaku di Asia Tengah dan Caucasus. Selepas Kesatuan Soviet tumbang, Moscow mengalami waktu-waktu yang tidak stabil, tetapi kemudian cuba keluar dari situasi tersebut, dan mengambil inisiatif-inisiatif jangka panjang untuk mewujudkan semula penguasaan ke atas republik-republiknya yang dahulu. Tanda pertama yang membuktikan apa yang sedang Rusia lakukan ke atas republik-republik ini telah disampaikan di dalam satu ucapan oleh Presiden Boris Yeltsin pada tahun 1993. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa Rusia akan sekali lagi memenangi status kuasa super dengan mendapatkan semula semua kedudukan-kedudukan yang telah hilang.6 Dengan kata lain, Rusia enggan menerima sebarang deklarasi kemerdekaan negara-negara tersebut, kemenangan mereka untuk mendapatkan kebebasan, dan kebolehan mereka untuk berdiri di atas kedua-dua kaki sendiri. Sebaliknya, Rusia melihat negara-negara tersebut sebagai "kedudukan yang mesti dirampas kembali."
Kesannya, wujud sesetengah komuniti umat Islam yang masih gagal mendapatkan kebebasan dan terus berada di bawah persekutuan Rusia. Salah satu daripadanya ialah Chechnya, yang telah menjadi sasaran utama tekanan, dan dengan sebab itu ia berhadapan dengan pelbagai jenis kekejaman yang maha dahsyat.
Untuk memahami dengan tepat apa yang sedang berlaku di Chechnya kini, kita perlu menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara penting. Peperangan yang tercetus di Chechnya bukanlah konflik yang mana kedua-dua pihak mengangkat senjata kerana konflik yang berlaku di antara mereka sudah sampai ke tahap yang sudah tidak boleh diselesaikan dengan jalan damai lagi, iaitu jenis perang yang boleh dijumpai di mana-mana sahaja di dunia ini. Keadilan yang dituntut oleh orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan telah diperdebatkan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, dan pelbagai pendapat telah diajukan. Kesemua pendapat-pendapat tersebut boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun perkara yang kesemua pihak bersetuju ialah Rusia telah melampaui batas dan menyerang penduduk yang tidak bersalah, menukarkan peperangan yang pada mulanya hanya melibatkan askar kepada usaha untuk menghapuskan seluruh populasi Chechnya. Hal ini tidak dapat diterima, dan ia akan menjadi pokok perbincangan penting di dalam bab ini.
Dalam usaha Rusia untuk memperlihatkan dirinya berada di pihak yang benar di persada arena antarabangsa, Rusia memberitahu bahawa perang yang berlaku di Chechnya hanyalah satu "perkara domestik", dengan harapan ia akan menutup mata masyarakat terhadap keganasan yang berlaku di sana. Namun, alasan itu tidak mencukupi untuk menerangkan tentang perihal pemuda-pemuda Chechen yang dikumpul di jalanan dan seterusnya dihantar ke pusat-pusat seksaan, mereka yang dipenjara diikat kakinya pada kereta kebal dan seterusnya diseret, bayi-bayi yang masih kecil ditembak dan harta penduduk dirompak. Ramai ahli sains falsafah dan pakar-pakar yang bersetuju bahawa Rusia terlibat melakukan genocide di wilayah tersebut dan melakukan kekejaman yang jarang dilihat sebelum ini, kesemuanya dilakukan untuk memastikan Chechnya terus berada di dalam genggamannya.
Sebaliknya, serangan-serangan yang dilakukan oleh sesetengah golongan Chechen terhadap penduduk awam Rusia juga mesti dikecam dengan jelas. Orang-orang Chechen secara asasnya berjustifikasi mahukan sebuah kehidupan yang bebas dan mulia. Namun, tindakan-tindakan sedemikian telah menconteng arang terhadap kehendak yang telah dijustifikasikan dan seterusnya menyulitkan lagi usaha untuk membela tindak-tanduk orang-orang Chechen. Sebagai tambahan, haruslah diingat bahawa menyerang orang awam yang tidak bersalah adalah secara terang-terangan melanggar prinsip-prinsip Islam. Sepanjang hidup Nabi Muhammad s.a.w., Baginda sentiasa membela hak-hak orang awam, walaupun ketika pergaduhan yang dahsyat, dan mengarahkan semua umat Islam agar bersikap sederhana dan tidak fanatik. Inilah kehendak moral yang dituntut oleh al-Quran. Di dalam al-Quran, Allah telah mengarahkan umat Islam agar bersikap pemaaf dan bertoleransi dan juga untuk bersikap adil, walaupun ketika peperangan. Seorang Muslim mesti menjadi orang pertama yang memberi makan kepada orang tawanannya walaupun dia sendiri sedang kelaparan, selalu bersifat sederhana walaupun di tengah-tengah peperangan, membela hak mereka yang ditindas dan tidak pernah terpesong dari jalan kejujuran dan keadilan. Atas sebab inilah, orang-orang Chechen mesti sentiasa ingat kepada peringatan Allah "Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sering menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Maaidah, 5), walaupun ketika menentang penindasan Rusia, dan mesti tidak menjadikan orang awam yang tidak bersalah dan tidak bersenjata sebagai sasaran mereka.
Harapan kami adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap perbezaan di antara orang-orang Chechen dan pentadbiran Rusia dengan berdasarkan cara yang aman dan sederhana, seperti juga yang akan dilakukan terhadap kes-kes lain yang berlaku di kawasan dunia Islam yang lain.

KEBIMBANGAN MOSCOW TERHADAP "CAUCASUS BERSATU"
Chechnya, yang telah menjadi agenda dunia sejak sedekad yang lalu, merupakan sebuah negara kecil yang berukuran kira-kira 16,000 kilometer persegi. Di dalam Persekutuan Rusia hari ini, ada 19 republik autonomi yang mempunyai kedudukan yang sama seperti Chechnya. Republik-republik ini membentuk 28 peratus, dalam satu perempat, daripada keseluruhan wilaayah Rusia. Moscow masih memiliki pengaruh yang kuat ke atas republik-republik tersebut, dan sangat berharap agar pengaruh tersebut dapat kekal selama-lamanya. Kehilangan Chechnya akan memecahkan cengkaman kuasa Rusia terhadap republik-republik yang lain, dan seterusnya akan menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain untuk melakukan tindakan yang serupa. Jika orang-orang Chechen, yang banyaknya seperti kumpulan askar Rusia sahaja, berpisah dari Rusia, ini akan mencetuskan penubuhan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan di dalam republik-republik autonomi yang lain. Karekteristik paling jelas yang terdapat pada republik-republik di dalam Persekutuan Rusia ialah cara mereka mempengaruhi di antara satu sama lain dengan berkesan sekali, dan bagaimana sesuatu perubahan yang berlaku di dalam sesebuah republik dapat mempengaruhi yang lain.
Di samping semua ini, masih ada satu elemen yang menjadikan Chechnya begitu penting kepada Rusia. Ketakutan Moscow yang sebenar, seperti contoh di Bosnia dan Kosovo, ialah penubuhan dan perjuangan membela hak-hak umat Islam yang tinggal di dalamnya. Inilah sebab paling penting mengapa perang yang tidak ber­perikemanusiaan dilancarkan oleh pentadbiran Rusia terhadap Chechnya, yang mana mereka telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menghapuskan identiti agama orang-orang Chechen, dan dengan itu mengenakan penindasan kejam ke atas mereka, memusnahkan masjid-masjid, mengharamkan ibadat kepada Allah, dan melarang pendidikan yang bersifat keagamaan.
Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama, keazaman mereka berjuang untuk hidup dengan berlandaskan agama, dan identiti keislaman mereka yang amat kuat memberi kesan kepada negara-negara Islam yang lain di Caucasus. Idea "Cacasus Bersatu" yang telah dicadangkan oleh Imam Mansur pada tahun 1780-an yang bertujuan untuk menyatukan seluruh Caucasus, benar-benar telah memberi amaran kepada Rusia. Ini kerana ciri utama penubuhan kesatuan tersebut ber sifat Islamik, dan ia memberikan ancaman getir terhadap segala kepentingan Rusia.
Ketakutan-ketakutan ini telah menimbulkan keinginan Rusia untuk melihat "Chechnya tanpa Chechen". Berdasarkan kepada polisi semasanya, Rusia mahu menghapuskan orang-orang Chechen sehingga ke akar umbi, menghalang sebarang penubuhan kesatuan Islam, dan mahu mengambil semula bekas-bekas tanah jajahan yang hilang ke pangkuan dominasinya semula. Sedangkan, walaupun "Caucasus Bersatu" ditubuhkan, ia tidak perlu dianggap sebagai satu per­kembangan anti-Rusia. Jika Rusia menjalinkan hubungan baik dengan umat Islam Caucasus, jadi tiada sebab bagi mereka, sama ada merdeka atau tidak, untuk menunjukkan sikap menentang terhadap Moscow.

PERJUANGAN BERTERUSAN ORANG-ORANG CHECHEN YANG TIDAK BERSENJATA
Terdapat banyak contoh di dalam polisi-polisi Rusia yang lebih cenderung kepada keganasan berbanding keamanan. Rusia sudah menjalankan pelan-pelan sulitnya di Chechnya, terutama sekali pada permulaan 1990-an. Rusia berpendapat bahawa mereka tidak boleh menghapuskan orang-orang Chechen yang kesatuan mereka tidak mudah untuk dipecahkan, dengan menggunakan kuasa ketenteraan semata-mata. Jadi Rusia cuba melemahkan Chechnya dari dalam dan mencuba berbagai-bagai cara untuk melakukannya. Rusia memulakan langkah pertamanya dengan memusnahkan perpaduan mereka dan mencetuskan kekacauan di Chechnya dengan masuk campur di dalam pilihan raya, membeli ahli-ahli politik, melakukan penculikan dan tindakan-tindakan terorisme, menggunakan paderi-paderi pro-Rusia dan seterusnya mencetuskan perbezaan-perbezaan agama, termasuklah mengenakan tekanan ekonomi dan politik. Namun, segala usaha tersebut tidak mencapai apa yang di­harap­kan.
Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan ujian kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
(Al-Buruuj, 85:10)


Pada tahun 1990-an, Rusia telah berusaha untuk menjahanamkan Chechnya dari dalam. Apabila Rusia sedar bahawa mereka tidak mampu melakukannya, mereka telah mewujudkan polisi yang zalim dan ganas. Cara-cara yang dilakukan tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah dilakukan Stalin dan Lenin yang telah membunuh berjuta-juta manusia.
Pendudukan Rusia ke atas Chech­nya pada 1991 telah ditamatkan oleh Dzhokar Dudayev. Kemudian satu ke­kacauan serius pada bulan November 1994 bertukar menjadi sebuah pe­pe­rangan pada 11 Disember tahun yang sama. Lebih 100,000 orang-orang Che­chen hilang tempat tinggal, dan beratus-ratus ribu yang lain terpaksa menjadi pelarian. Penggunaan senjata kimia yang diharamkan telah membawa kepada genocide. Selain itu, oleh kerana Rusia sudah memberitahu bahawa Chechnya hanyalah satu "masalah dalaman", tiada sebarang reaksi serius dari dunia luar. Tiada bantuan yang dihulurkan kepada kepada orang-orang Chechen, melainkan beberapa negara-negara Eropah.
Peperangan tersebut berakhir pada Ogos 1996 apabila Rusia mengakui kekalahannya. Kejayaan orang-orang Chechen ke atas Rusia telah memberi kesan mendalam kepada republik-republik yang lain di Caucasus. Pada tahun 1998, penduduk di utara Cacasus telah berhimpun dalam "Konvensyen Penduduk Cacasus Utara" di Grozny, ibu negara Chechnya. Kesemua negara-negara peserta bersetuju dengan posisi masing-masing untuk mengelakkan dari tercetusnya sebarang konflik yang mampu memecah-belahkan penduduk di utara Caucasus, dan saling memberi perlindungan di dalam serangan yang dilancarkan oleh Rusia. Kesatuan ini memberi mimpi ngeri kepada Rusia. Apa yang ditakuti selama ini telah menjadi kenyataan. Jika Rusia membenarkan ia berlaku, sebuah kesatuan Islam yang ditakuti akan muncul. Inilah sebabnya mengapa Rusia melakukan operasi keduanya untuk menentang Chechnya. Kali ini, cara yang lebih kejam dilakukan, dan siksaan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas orang-orang yang tidak bersenjata di mata dunia. Namun atas sebab yang sama, kebuasan yang berlaku hanya dianggap sebagai "hubungan dalaman" Rusia.
Peperangan kedua sebenar yang berlaku di antara orang-orang Chechen dan Rusia bermula apabila Rusia mengepung dan mengebom beberapa perkampungan di Dagestan pada awal 1999. Lebih kurang 1,500 penduduk di perkampungan tersebut meminta bantuan daripada Chechnya, yang mana mereka menganggapnya sebagai pemimpin. Shamil Basayev, yang mula mendapat perhatian atas kejayaannya di dalam peperangan, telah memberikan bantuan kepada penduduk Dagestan pada musim panas 1999. Hanya dua buah kampung sahaja yang telah diserang oleh Rusia berjaya diselamatkan. Penyembelihan dahsyat telah berlaku di kampung-kampung tersebut, dan penduduk yang tidak bersalah telah dibunuh kejam. Peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Chechnya, yang masih berlaku pada hari ini, telah tercetus lagi menerusi insiden ini.
Kuasa Rusia menceroboh Chechnya pada tanggal 2 Oktober 1999 dan telah melakukan siri pembunuhan yang sangat kejam kepada sesiapa sahaja yang mereka temui, tanpa mengira wanita, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka mula menyerang penduduk awam. Senjata-senjata kimia, peluru berpandu scud dan napalm (Pent: iaitu sejenis bahan petrol seperti agar-agar yang digunakan untuk membuat bom) telah digunakan di dalam serangan-serangan tersebut. Manakala hospital-hospital, wad-wad bersalin, kawasan membeli-belah dan kem-kem tahanan dijadikan sebagai sasaran serangan.
Salah satu daripada serangan-serangan tidak berperikemanusiaan Rusia terhadap penduduk awam ialah dengan meracun Sungai Argun yang merupakan sumber air kepada beberapa buah kampung di Chechen. Ramai wanita dan juga kanak-kanak yang minum air dari sungai tersebut mati, manakala beratus-ratus yang lain menderita sakit dalam tempoh yang panjang. Chechnya kehilangan tiga perempat populasinya dalam masa dua tahun sahaja. Sekarang ini pun, orang-orang Chechen masih cuba untuk terus hidup di dalam negara-negara jiran dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Chechen oleh pihak Rusia, yang mana masih kekal di dalam ruang lingkup mentaliti komunis lama, menyerupai tindakan Firaun yang dilakukan berabad-abad yang lampau. Pada zaman tersebut, Firaun juga turut menyerang golongan yang lemah dan yang tidak bersenjata (dalam kes ini, mereka ialah kaum Bani Israel), dan dengan kejam membunuh mereka semua. Allah telah menceritakan tentang kekejaman Firaun di dalam ayat-ayat yang berikut:
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu sewaktu Dia menye­lamatkan kamu dari (Firaun dan) para pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak lelakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu, dan pada yang demikian itu ada ujian yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah juga) sewaktu Tuhanmu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih". (Ibrahim, 6-7)
Sesungguhnya Firaun telah melakukan sewenang-wenang­nya di muka bumi dan menjadikan penduduknya ber­pecah-belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup. Sesungghnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang me­lakukan kerosakan. (Al-Qashash, 4)


Kempen genocide yang dilancarkan oleh Rusia bagi menentang rakyat Chechnya yang tidak bersenjata telah dilaporkan di dalam berita-berita asing, namun Barat tidak melakukan apa-apa melainkan mengecam serangan-serangan tersebut.
Mentaliti yang membenarkan berlakunya pembunuhan kanak-kanak, membelah perut wanita-wanita mengandung, memusnahkan rumah-rumah penduduk dengan menggunakan kereta kebal, dan berbagai-bagai lagi kedahsyatan, telah lari jauh dari sebarang sensitiviti moral, perasaan perikamunusiaan, belas kasihan, cinta atau simpati. Ramai di kalangan mereka yang tidak mengetahui sebab-musabab kepada kekejaman yang dilakukan, tetapi oleh kerana ada sifat jahat yang dibawa oleh ateisme, mereka dengan mudah melakukan pelbagai jenis tindakan syaitan. Apa yang diharapkan dari Rusia ialah mereka mesti meninggalkan mentaliti hitam tersebut, yang merupakan saki-baki dari Kesatuan Soviet, yang memandu mereka kepada penggubalan polisi-polisi ke atas Chechen, kepada suatu perubahan yang membawa kepada penggubalan polisi yang lebih bersifat sederhana yang seterusnya akan membawa keamanan dan keselamatan, baik kepada Rusia mahupun orang-orang Chechen.
Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa sebab, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami adalah Allah.” Dan jika Allah tidak menolak (keganasan) manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang-orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama-nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
(Al-Hajj, 22:40)
 
 
 
Askar-askar Rusia secara umumnya menjadikan penduduk awam sebagai sasaran, mengebom pasar-pasar, klinik-klinik ibu mengandung dan konvoi-konvoi pelarian...

SITUASI YANG DIHADAPI OLEH PELARIAN CHECHEN
Sebilangan besar organisasi hak asasi manusia yang menjalankan kajian ke atas pelarian Chechen melaporkan bahawa hak-hak asasi mereka telah dilanggar dalam satu skala yang cukup besar. Kira-kira 250,000 orang-orang Chechen yang lari akibat peperangan kini berada di Ingushetia, dan bakinya boleh dijumpai di kawasan-kawasan jiran. Orang-orang Chechen sedang berhadapan dengan kebuluran, kehausan dan penyakit-penyakit berjangkit. Wanita dan kanak-kanak, orang muda dan tua yang terpaksa bermigrasi, kini sedang bergelut untuk terus hidup dalam keadaan yang sangat sejuk dan hujan, dua atau tiga keluarga berada di dalam gerabak keretapi lama yang ditinggal­kan, ataupun dalam bangsal-bangsal kuda di kampung-kampung tempat mereka berlindung.
 
Dunia memandang remeh terhadap tragedi yang berlaku. Ratusan ribu pelarian Chechen yang cuba menyelamatkan diri dari kezaliman Rusia sedang berhadapan dengan musim sejuk yang melampau, kelaparan, kehausan, dan penyakit-penyakit berjangkit. 
Sebagai contoh, orang-orang Chechen di kem pelarian Znamens­koye di utara Chechnya kini tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana tidak memiliki baju panas. Hampir separuh di antara mereka yang mendapatkan perlindungan di situ telah jatuh sakit disebabkan oleh keadaan yang sangat menyedihkan dan kesejukan yang amat sangat.7 Penyakit-penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering) dan hepatitis sedang merebak di kem-kem pelarian Chechen, yang tidak memiliki apa-apa yang panas untuk dimakan selama berminggu-minggu pada sesuatu masa dan badan mereka pula tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Angka kematian sedang meningkat.8
Mungkin perkara yang paling mengejutkan ialah majoriti bangsa Barat, yang mendakwa mereka berdiri di barisan hadapan untuk melindungi hak-hak asasi manusia, tidak berusaha untuk menolong para pelarian tersebut. Bahagian signifikan pandangan-pandangan masyarakat awam dunia ialah mereka tidak betul-betul tahu tentang penderitaan yang sedang orang-orang Chechen alami dan kadang-kala mengabaikan kekejaman yang dikenakan ke atas beratus-ribu orang-orang Chechen yang lari dari kekejaman Rusia. Bantuan dari negara-negara lain disekat, dan mereka yang sedang kelaparan, kehausan dan kesejukan yang mencengkam amat sukar untuk bertemu walau dengan kerak roti sekalipun. Kesedihan yang dialami oleh pelarian-pelarian tersebut mesti dipandang sebagai satu perkara yang memerlukan tindakan pantas.

BAGAIMANA JALAN PENYELESAIANNYA DAPAT DIPEROLEH?
Jalan penyelesaian terletak di atas bahu Rusia dan juga para pejuang Chechen. Kedamaian yang dicari mesti berlandaskan pendekatan cintakan keamanan dan bersikap sederhana seperti yang dituntut oleh Allah. Moscow mesti mengelakkan diri dari terus beranggapan bahawa kewujudan dan aspirasi nasional umat Islam Caucasus sebagai satu ancaman, dan mereka mesti meredakan konflik dan tekanan ke paras yang minimum dengan mengambil konsep bersederhana dan polisi yang aman. Seperti yang telah kita lihat, keganasan Rusia di Chechnya tidak dapat diterima sama sekali. Walau bagaimanapun di sebaliknya, pejuang Chechen yang terlibat dalam serangan ke atas penduduk awam Rusia turut mengambil jalan yang salah. Kedua-dua pihak mesti mengelakkan diri dari terus melakukan pertumpahan darah, dan seterusnya berusaha untuk membina kedamaian.
Adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat Islam sedunia untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang Chechen yang sedang menderita ditindas. Cukup jelas bahawa tiada seseorang pun yang benar-benar takutkan Allah dan memiliki konsep keadilan yang digariskan oleh-Nya di dalam al-Quran untuk terus berdiri bodoh melihat kekejaman yang dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah. Seorang mukmin sejati selalu membantu orang-orang miskin, mereka yang memerlukan, mereka yang diusir dari rumah, dan akan bersedia berkorban apa sahaja untuk mereka. Sikap sanggup berkorban dan toleransi umat Islam ketika zaman Nabi s.a.w. yang mana mereka telah diusir dan terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka telah dicatatkan di dalam al-Quran:
(Juga) bagi para fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Dan orang-orang yang telah mendiami kota Madinah dan telah beriman (golongan Ansar) sebelum (ketibaan) mereka (golongan Muhajirin), mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak mempunyai keinginan dalam hati terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka; dan, mereka mengutamakan (golongan Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr, 8-9)
Secara lumrahnya, penyebaran nilai-nilai moral yang agung ini hanya dapat berlaku dengan penyebaran agama. Sebab itulah, apa yang perlu dijadikan proriti utama oleh mereka yang memiliki kesedaran ialah mencari jalan terbaik untuk menyebarkan moral-moral al-Quran dan juga mengamalkan isi-isi kandungannya. Allah memberi janji yang baik kepada sesiapa yang menolong agama-Nya:
(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali hanya kerana mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama-nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah lagi Maha Perkasa. (Al-Hajj, 40)
KASHMIR



UMAT ISLAM KASHMIR SEDANG MENUNGGU BANTUAN
Seperti kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan konflik. Sebab utama mengapa keamanan dan ke­stabilan tidak wujud di Kashmir selama lebih kurang 50 tahun adalah disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan India yang mendudukinya.
Kashmir merupakan kawasan dunia yang sangat penting dari segi ekonomi, kerana mengandungi emas, batu zamrud dan batu delima. Memandangkan kawasan yang diduduki India ini terletak di kawasan gunung-ganang, maka ia menjadi petempatan strategik untuk mengawal keadaan persekitaran. Inilah sebab­nya mengapa Kashmir, yang memiliki ke­pentingan strategik dan kekayaan hasil bumi­nya, telah menarik banyak bangsa sepanjang sejarahnya. Walau bagaimanapun, sebab paling utama mengapa negara-negara di kawasan tersebut amat berminat terhadap Kashmir adalah kerana identiti Muslimnya.
India, yang terkenal dengan sikap prejudis­nya menentang Islam, ataupun Rusia dan China tidak akan membenarkan Kashmir untuk mencapai objektifnya menjadi sebuah negara Islam merdeka, atau pun bersatu dengan kerajaan Islam Pakistan. Hakikat bahawa rakyat Kashmir yang merupakan umat Islam menjadi sebab asas kepada terjadinya sekatan ekonomi, tindakan kekejaman, penahanan dan penderaan yang tidak ber­justifikasi yang dikenakan ke atas mereka. Dengan cara ini, kuasa-kuasa ter­sebut dapat menghalang umat Islam dari memegang kuasa, dari segi ekonomi dan juga politik. Dengan cara yang sama juga, me­reka turut melakukan seka­tan dan tekanan anta­ra­bangsa untuk menghalang kerajaan Islam Pakistan dari menyokong rakyat Kashmir.

PERGERAKAN YANG TERANCANG DAN STRATEGIK DI KASHMIR
Sub-benua India kekal di bawah pengaruh British sehingga akhir Perang Dunia II. Apabila British berundur, umat Islam India berhasrat untuk memiliki negara mereka sendiri dan dengan itu menubuhkan Pakistan. Terdapat perpindahan populasi di antara India dan Pakistan. Ramai umat Islam yang tinggal di India berpindah ke Pakistan. Walau bagaimanapun Jammu/Kashmir yang majoriti populasinya terdiri daripada umat Islam, terus kekal di bawah kawalan India. Hal ini terjadi akibat muslihat India dan juga sokongan daripada pihak British. Kashmir terus hidup di bawah penindasan India sehingga kini.

Berlaku tragedi kemanusiaan yang memilukan di luar kem-kem pelarian di Kashmir. Sehingga 10 orang dimuatkan dalam sebuah bilik, khemah satu katil. Umat Islam Kashmir sedang berhadapan dengan kebuluran, kemarau dan penyakit berjangkit. Apa yang boleh dijadikan makanan adalah beberapa ranting kering yang dicampakkan ke dalam perigi.
Umat Islam Kashmir berharap untuk menentang peraturan India yang menekan itu dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan. India telah menjalankan proses pembunuhan beramai-ramai terbesar sebanyak tiga kali, iaitu pada 1947, 1965 dan 1971. Beratus-ratus ribu umat Islam Kashmir dibunuh. Lebih 4,000 orang wanita didera dan diperkosa. Sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan keagamaan telah ditutup untuk mengelakkan daripada berlakunya kesedaran Islam.18 Pergerakan pembunuhan dan asimilasi menjadi semakin kejam selepas tahun 1990. Rakyat ditahan tanpa sebab dan diseksa sehingga mati. Rumah-rumah dirampas, rakyat yang tidak bersenjata dianiaya, dan syarikat akhbar serta sekolah-sekolah ditutup. Kerajaan India masih tidak berasa puas dengan melakukan kekejaman bersenjata sahaja. Maka, empangan yang diperlukan untuk tujuan pertanian turut dirampas untuk menekan lagi umat Islam. Mereka mengisinya sehingga penuh dan tiba-tiba membukanya kembali apabila hujan monsun tiba. Kesannya, kawasan tanah rendah di Kashmir dan Pakistan mengalami banjir. Malah, beribu-ribu manusia kehilangan nyawa dan kawasan yang terlibat pula mengalami kerosakan yang sangat teruk.
Pada bulan Oktober 1993, satu siri serangan besar-besaran telah dilakukan ke atas Masjid Hazratbal di Srinagar yang merupakan ibu kota Kashmir. Pihak berkuasa India telah mengepung masjid tersebut selama lebih kurang sebulan kerana mendakwa ia menjadi sarang latihan militari umat Islam. Lebih dari 100 orang telah dibunuh ketika itu. 300 orang yang tidak bersalah pula telah ditahan. Bekalan elektrik dan air ke bandar tersebut telah dipotong.
Sebagai tambahan kepada penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan India di Kashmir, masalah pelarian yang serius turut berlaku. Di bawah ini, anda dapat membaca luahan Sefer Turan, seorang wartawan televisyen Turki, Kanal 7, berkenaan nasib para pelarian yang terdapat di dalam kem yang sedang dibincangkan ini. Ia sudah cukup untuk memberikan kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku:
Kem pelarian Ambor telah ditubuhkan pada 1990 untuk penduduk Kashmir yang melarikan diri dari Jammu Kashmir. Taraf hidup adalah sangat rendah dari kebiasaan. Para pelarian ditempatkan di dalam rumah-rumah sempit yang berlumpur. Di dalam sebuah rumah satu bilik yang kami masuk, terdapat sebuah katil. Apabila saya bertanya berapa ramai orang yang tinggal di situ, saya diberitahu, "Sembilan." Kem tersebut mengandungi 214 buah keluarga ataupun 1,110 orang individu. Sudah cukup dengan hanya memasuki sebuah pondok berlumpur untuk melihat betapa rendahnya taraf hidup mereka. Pondok tersebut secara umumnya mengandungi dua buah bilik. Terdapat beberapa periuk dan kuali yang tidak boleh digunakan. Juga terdapat satu atau dua katil yang sebenarnya tidak kelihatan seperti katil. Seorang ibu duduk di satu penjuru sambil memangku bayinya. Sumber api bumi digunakan untuk memasak, yang mana beberapa dahan yang dicari oleh mereka dibakar. Tiada apa-apa yanag boleh dimakan sama sekali di situ! Saya berasa segan untuk membuka tudung kuali untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Di dalam setiap khemah, tiada apa-apa yang dapat dimakan dan tiada ruang untuk tidur. Sehelai kain kecil yang agak lusuh terdapat di tengah lantai salah satu dari khemah-khemah yang ada di situ. Mungkin ia digunakan sebagai bantal. Apabila saya bertanya berapa ramaikah penghuni khemah tersebut, saya diberitahu 11 orang. Di luar, sebuah periuk sedang mendidih...19

Selepas 1980, penguasa-penguasa Hindu yang anti-Islam di India menjadi lebih kuat dan telah melakukan serangan-serangan yang besar ke atas umat Islam. Kumpulan-kumpulan ini mahu memadamkan segala kesan-kesan Islam di India dan telah menjalankan polisi-polisi asimilasi paksaan, termasuklah pembunuhan. Di samping itu, pendidikan Islam, membaca al-Quran, dan bersolat di dalam penjara diharamkan sama sekali. Nama-nama perkampungan Islam juga telah ditukar kepada nama Hindu. Sentimen keagamaan umat Islam meningkat dari sehari ke sehari. Acara membakar Al-Quran yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah satu contoh permusuhan askar-askar India terhadap Islam.
Contoh yang diberikan di atas hanyalah satu daripada drama-drama pelarian yang berlaku di seluruh dunia. Kehidupan jutaan pelarian di Palestin, penderitaan hampir sejuta pelarian umat Islam sewaktu Perang Kosovo, dan beratus-ribu lagi pelarian Chechen adalah lebih memilukan.
Kira-kira 90 peratus daripada populasi Kashmir adalah umat Islam. Sejumlah 700,000 askar-askar India ditugaskan menentang mereka yang seramai 4 juta orang. Pada tahun 1990-99 sahaja, jumlah wanita, kanak-kanak dan askar yang dibunuh dalam serangan oleh India melebihi 65,000. Secara purata, 20 orang umat Islam dibunuh setiap hari, wanita dirogol secara berkumpulan, masjid-masjid dan hospital-hospital dibom. Sekolah pula dibakar.
Di dalam semua situasi tersebut, ada hikmah yang mesti difahami bagi mereka yang memiliki berkesedaran. Terdapat hikmah bagi setiap peristiwa yang berlaku di dunia ini, yang mana ia merupakan satu ujian kepada umat manusia. Pengajaran yang mesti difahami oleh mereka yang beriman tentang pengalaman tersebut ialah kepentingan untuk memberikan penjelasan tentang kewujudan Allah dan menyebarkan ajaran al-Quran ke seluruh dunia. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka ialah memenuhi tanggungjawab untuk memerangi segala fahaman yang cenderung untuk menafikan kewujudan Allah Yang Maha Esa, dan mencegah kemungkaran serta mengajak manusia untuk melakukan kebaikan. Dengan cara ini, manusia yang berkesedaran dan benar-benar takutkan Allah akan muncul, dan segala kezaliman akan dihapuskan. Mereka yang menindas orang lain akan bertanggungjawab ke atas perkara yang dilakukannya itu, baik di dunia mahupun di akhirat. Allah telah menjelaskan kebenaran ini di dalam ayat-ayat yang berikut:
Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti akan mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang jelas. Dan bagi orang-orang kafir ada seksa yang hina. Pada hari Allah membangkitkan mereka semua, lalu Dia memberitahu mereka segala apa yang telah dikerjakan. Allah mengumpulkan (mencatatkan) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Al-Mujaadilah, 58: 5-6)
Asas perjuangan ini adalah pertandingan idea-idea yang mesti dilancarkan untuk menghapuskan segala macam kekejaman, konflik, dan falsafah ateis yang menyediakan asas kepada kekacauan yang berlaku. Di dalam perjuangan ini, asas kepada segala keamanan, keharmonian dan kasih-sayang, iaitu kesedaran manusia, akan digerakkan untuk mengelakkan manusia yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah memberikan khabar gembira sebagai balasan kepada perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21: 18)

KEKEJAMAN YANG DIABAIKAN OLEH DUNIA
India berupaya melaksanakan polisi durjana yang menindas penduduk Kashmir selama lebih 50 tahun disebabkan oleh sokongan secara nyata dan juga tersembunyi yang diterima dari beberapa golongan di Barat. Umat Islam Kashmir berada di bawah rejim penindas Hindu disebabkan oleh keputusan-keputusan PBB, yang mana ke­ba­nya­kan­nya tidak dilaksanakan. Populasi Kashmir dikuasai oleh umat Islam. Perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan sokongan yang diberikan oleh Pakistan telah dilemahkan oleh polisi-polisi berat sebelah oleh beberapa golongan dari Barat.

PERIKATAN ANTI-ISLAM HINDU DAN YAHUDI



Sebuah artikel yang bertajuk “Kumpulan-Kumpulan Anti-Islam Bersatu Menerusi Internet” yang diterbitkan di dalam New York Times pada 2 Jun 2001, telah mendedahkan perhubungan di antara Hindu dan Yahudi. Laman web yang dikendalikan oleh puak militan Hindu di Amerika telah ditutup berikutan komplen-komplen yang mengatakan ia memupuk kebencian terhadap Islam dan menyokong keganasan. Namun demikian, beberapa hari kemudian laman web ini telah dibuka semula oleh kumpulan fanatik Yahudi yang tinggal di negara tersebut. Akhbar-akhbar menyebut tentang asas-asas perhubungan tersebut seperti berikut:
“Sebuah perikatan yang luar biasa telah membawa dua falsafah agama yang ekstrem daripada bahagian-bahagian dunia yang berbeza, yang sekali pandang, hanya memiliki sedikit persamaan. Namun corak hidup etnik campuran yang rapat di New York telah menjadikan kumpulan-kumpulan Hindu dan Yahudi yang kecil di sana, memahami bahawa perkongsian musuh yang sama sudah cukup untuk membina asas-asas persahabatan. Ikatan anti-Islam mereka sangat kuat... “Kami berjuang untuk perang yang sama,” kata Rohit Vyasmaan, yang menolong mengendalikan laman web Hindu itu, HinduUnity.org, dari rumahnya di Flushing, Queens.
Ketika beberapa kumpulan di Eropah cuba untuk mengabaikan persoalan di Kashmir semungkin yang boleh, beberapa media Amerika telah melaporkan isu tersebut kepada seluruh komuniti dunia secara subjektif. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan bahawa beberapa berita harian Amerika jarang menyentuh tentang isu penganiyaan di Kashmir. Di dalam laporan yang mereka buat sekali-sekala, situasi yang berlaku itu hanya digambarkan sebagai "penindasan yang dilakukan ke atas golongan penderhaka dalaman di beberapa bahagian di India." Sebagai contoh pada 22 Januari 1990, akhbar New York Times telah menyuarakan pandangan yang menuduh Pakistan memberi sokongan kepada puak pemisah Islam di Kas
hmir yang telah merosakkan kestabilan negara itu dan ini seterusnya menimbulkan kemarahan Pakistan.20 Adalah mudah untuk kita melihat komen-komen yang subjektif seperti ini di dalam media-media Barat.
Tekanan India di kawasan tersebut dan proses asimilasi yang dilakukan telah menjadi semakin getir sejak tahun-tahun ke­belakangan ini. Telah wujud "puak fanatik Hindu" yang mana kerajaan India mendakwa tidak mampu untuk mengawalnya. Padahal semua orang tahu bahawa konflik di antara mereka hanyalah palsu dan tidak benar sama-sekali. Pergerakan ini bertujuan untuk menghapuskan kesemua umat Islam Kashmir, seperti mana yang dilakukan dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Masjid Babur Shah.
Bagaimanakah kita dapat menilai situasi yang sedang berlaku ini? Mengapa masih terdapat segelintir golongan yang membiarkan Kashmir terus berada di bawah penindasan India dan juga turut memberikan sokongan kepada puak pengganas dari negara tersebut? Jawapannya ialah kerana banyaknya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelobi yang anti-Islam. Mereka kadang-kala dapat mempengaruhi dengan hebat sekali corak pengurusan Barat, yang seterusnya mempengaruhi pendirian golongan-golongan prodemokrasi Barat dan juga prokemanusiaan.
Sebagai kesimpulan, umat Islam Kashmir bukan sahaja perlu mempertahankan diri mereka dari India, ataupun kumpulan-kumpulan radikal Hindu, tetapi turut perlu melancarkan peperangan ideologi kepada kumpulan-kumpulan pelobi yang memberikan sokongan di sebalik apa yang sedang berlaku kini.
Kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam nampaknya menjadi dalang utama kepada peningkatan tahap propaganda yang sedang berlaku. Kekejaman yang dihadapi oleh umat Islam Kashmir adalah amat dahsyat. Sepanjang catatan sejarah, propaganda-propaganda yang disebarkan telah menyebabkan rakyat Kashmir digambarkan jauh dari keadaan mereka yang sebenar. Kekejaman dan penderaan yang dikenakan ke atas mereka yang tidak bersalah telah ditutup. Dengan itu, dunia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Cara manusia bertindak seolah-olah laporan-laporan daripada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia tidak pernah wujud sama sekali. Rakyat Kashmir yang menentang penindasan India dan berjuang untuk mendapatkan keamanan di tanah air mereka sendiri, telah digambarkan kepada dunia sebagai "puak pelampau."
Padahal hasrat utama rakyat Kashmir, yang telah dikongkong oleh India lebih dari separuh kurun, hanyalah untuk hidup dengan bertunjangkan agama yang mereka anuti, tidak ditindas hanya kerana mereka beragama Islam, dan memiliki tanah tempat tinggal bagi membolehkan mereka membesarkan anak-anak di dalam keadaan yang aman dan selamat.
Hakikat bahawa umat Islam Kashmir tidak dapat menikmati hak-hak asas mereka dan telah pula didera buat sekian lama telah cukup untuk memberitahu kepada kita semua tentang betapa segera dan pentingnya tindakan menyebarkan moral al-Quran ke serata dunia untuk menentang ateisme dan juga untuk manusia yang berkesedaran mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku kini.
Jelaslah kini, manusia yang betul-betul sedar tidak boleh menutup mata dan telinga mereka sewenang-wenangnya. Pem­beritahuan kepada masyarakat awam tentang ketidakadilan yang sedang berlaku dan menerangkan bahawa sebuah kehidupan yang aman dan adil hanya dapat dicapai dengan mengikuti ajaran al-Quran menjadi tugas penting kepada setiap muslimin ketika ini. Adalah menjadi tugas umat Islam juga untuk memberitahu setiap orang-orang yang beriman tentang berita baik pertolongan dari Allah dan juga nasib malang yang akan menimpa jika mereka tidak berhenti dari terus melakukannya. Ayat-ayat di bawah ini dengan jelas menggambarkan perbezaan ganjaran yang akan diterima oleh mereka yang beriman dan mereka yang zalim:
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), (iaitu) pada hari yang sudah tidak berguna bagi orang-orang yang zalim untuk meminta maaf, dan bagi merekalah laknat dan mereka akan mendapat tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu'min, 40: 51-52)
TURKESTAN TIMUR



KEBUASAN YANG DISOROKKAN OLEH KERAJAAN KOMUNIS CHINA
Spabila kita memperkatakan tentang ideologi-ideologi yang menyebarkan kesengsaraan di serata dunia, maka komunisme mendapat tempat paling atas. Dengan berdasarkan kepada idea-idea dua orang ahli falsafah Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels, sistem kepercayaan ini telah pun dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin yang kejam seperti Lenin, Stalin, dan Mao, dan seterusnya membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang amat kejam sepanjang sejarah peradaban dunia.
Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan pecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali.

KEKEJAMAN CHINA DI TURKESTAN TIMUR
Umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs, telah hidup di bawah dominasi kerajaan China selama lebih kurang 250 tahun. China telah memberikan nama kepada wilayah Islam tersebut sebagai "Xinjiang" ataupun "tanah yang ditawan," dan menganggapnya sebagai tanah milik mereka sendiri. Berikutan dengan pengambilalihan China oleh komunis pada tahun 1949 oleh Mao, pe­ninda­san yang berlaku di Turkestan Timur semakin menjadi-jadi. Rejim ko­mu­­nis mula melakukan penghapusan umat Islam yang enggan untuk diasi­mi­lasikan.
Bilangan umat Is­lam yang dibunuh amat mengejutkan. Di antara tahun 1949 dan 1952, 2.8 juta umat Islam mati, sama ada dibunuh oleh tentera China ataupun mati akibat kebuluran. Di antara tahun 1952 dan 1957, lebih 3.5 juta nyawa terkorban, kemudian 6.7 juta di antara 1958 dan 1960, dan kemudian di antara tahun 1961 dan 1965 pula, seramai 13.3 juta manusia mati.
Kaum Uighurs yang berjaya hidup pula berada di dalam penindasan dan penderaan. Pemerintah Turkestan Timur terkini iaitu Isa Yusuf Alptekin, yang banyak menghabiskan umurnya dalam buangan, telah menggambarkan situasi tersebut di dalam bukunya Dogu Turkistan Davasi (Hubungan Turkestan Timur) dan juga Unutulan Vatan Dogu Turkestan (Turkestan Timur: Tanah yang Dilupakan). Berdasarkan kepada buku-buku tersebut, penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Turkestan Timur tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Bosnia, ataupun majoriti kaum Albania oleh Serbia. "Hukuman" yang dikenakan oleh mahkamah China terhadap negara tersebut adalah terlampau kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan. Ini termasuklah membakar manusia hidup-hidup, memukul manusia sehingga hampir mati dan kemudian membogelkan mereka dan membiarkan mati di dalam kesejukan salji. Malah ada juga yang diikat dengan lembu jantan pada kedua-dua belah kaki mereka untuk memisahkannya daripada badan.

AMALAN ASIMILASI YANG BERTUJUAN MENGHAPUSKAN BUDAYA SECARA BESAR-BESARAN
Semenjak tahun 1949 lagi, rejim komunis telah mula merancang program penghapusan populasi umat Islam, dan telah memindahkan pendatang China ke kawasan tersebut dengan begitu sistematik sekali. Kesan daripada kempen ini yang dimulakan oleh kerajaan China pada 1953, begitu berkesan sekali. Pada tahun 1953, 75 peratus daripada keseluruhan populasi adalah umat Islam, dan hanya 6 peratus dikuasai oleh orang-orang China. Pada tahun 1982, nisbahnya telah berubah dengan menyaksikan penurunan populasi umat Islam kepada 53 peratus, manakala populasi China meningkat kepada 40 peratus. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada 1990, populasi yang dilaporkan adalah 40 peratus umat Islam dan 53 peratus rakyat China, dengan itu telah mendedahkan dengan jelas proses pembersihan etnik yang sedang berlaku di wilayah tersebut.
Baru-baru ini, bangsa Uighurs telah ditempatkan di kawasan perkampungan, manakala orang-orang China dipindahkan ke bandar. Oleh itu, wujud beberapa buah bandar yang memiliki kira-kira 80 peratus orang-orang China. Ia bertujuan untuk menjadikan bandar yang majoritinya adalah rakyat China. Polisi kerajaan China yang menggalakkan perkahwinan campur di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China juga menjadi sebahagian daripada polisi asimilasi tersebut.
UJIAN-UJIAN NUKLEAR KE ATAS UMAT ISLAM

Semenjak tahun 1964, China telah menjalankan 44 kali ujian nuklear ke atas Turkestan Timur yang telah mengakibatkan kematian seramai 210,000 orang dan menjadikan beribu yang lain mengalami penyakit-penyakit seperti kanser. Di samping itu, ribuan kanak-kanak telah dilahirkan cacat.
Kerajaan China turut menggunakan umat Islam Turkestan Timur sebagai bahan uji kaji program nuklearnya. Ujian tersebut bermula pada 16 Oktober 1964, dan kesannya, penduduk di kawasan tersebut telah mendapat penyakit-penyakit yang membawa maut, dan kira-kira 20,000 kanak-kanak cacat telah dilahirkan. Jumlah umat Islam yang terkorban di dalam ujian tersebut dianggarkan seramai 210,000 orang. Beribu yang lain telah mendapat kanser atau dibiarkan lumpuh.
Dari tahun 1964 sehingga kini, China telah meletupkan kira-kira 50 buah bom-bom atom dan hidrogen di Turkestan Timur. Ahli-ahli pakar dari Sweden telah mengukur gegaran yang berlaku disebabkan letupan bawah tanah pada tahun 1984 dan mencatatkan bacaan 6.8 pada skala Richter.

PUNCA SEBENAR KEKEJAMAN: KEBENCIAN TERHADAP ISLAM
Sebab utama yang membawa kepada penindasan rakyat Turkestan Timur oleh China adalah kerana mereka beragama Islam. Kerajaan komunis China melihat Islam sebagai halangan terbesar untuk mereka memantapkan penguasaan terhadap kawasan tersebut.
China telah menggunakan bermacam-macam bentuk penindasan untuk membuatkan mereka berpaling jauh dari agama. Puncak peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan diktator komunis Mao. Ketika itu, Revolusi Budaya sedang berlaku dari tahun 1966-76. Masjid-masjid diruntuhkan, ibadah secara beramai-ramai diharamkan, pengajaran Al-Quran dihalang, dan rakyat China yang berpindah dibenarkan untuk mengganggu umat Islam. Sekolah-sekolah digunakan untuk menyebarkan propaganda atheis. Segala bentuk komunikasi dikawal untuk membuatkan manusia lari dari agama. Mereka telah dilarang untuk mendengar ceramah-ceramah agama yang menyentuh tentang keimanan, dan pemimpin agama pula dilarang mengajar tentangnya. Namun demikian, di sebalik segala penindasan yang dilakukan, mereka masih berpegang teguh kepada tali Islam.21
Salah satu cara ugutan dan tekanan yang dilakukan masih terus dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan. Pendidikan universiti di kawasan tersebut telah diberikan kepada rakyat China, dan umat Islam yang belajar di universiti-universiti tersebut hanya membentuk 20 peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar. Kemelesetan ekonomi turut menjadi faktor halangan yang membawa kepada rendahnya tahap pendidikan yang diterima oleh umat Islam di situ. Sekolah-sekolah yang diajar dalam bahasa China menikmati kemudahan-kemudahan yang canggih. Sebaliknya sekolah-sekolah Uighur berada dalam keadaan serba kekurangan. Pendidikan yang kononnya dianggap bersifat keagamaan yang diajar di sekolah-sekolah sebenarnya didirikan di atas fahaman ateisme.
Peristiwa penukaran abjad sebanyak 4 kali dalam tempoh 30 tahun merupakan sebahagian daripada polisi asimilasi yang ditujukan kepada umat Islam di sana. Meskipun Revolusi Budaya sedang berlaku, Mao tetap tidak mengubah skrip abjad China. Namun Mao menukar abjad Uighur daripada abjad Roman kepada abjad Cyrillic jenis Rusia. Selepas abjad itu digunakan buat beberapa ketika, ia ditukar semula kepada abjad Roman. Walau bagaimanapun, selepas itu ia ditukar menjadi skrip Arab untuk menghalang dari terbentuknya jambatan budaya dengan Turki. Kesannya, generasi-generasi di situ sukar untuk memahami di antara satu sama lain yang mana abjad mereka telah diubah berkali-kali.

PERANAN KOMUNIS CHINA YANG ANTI-ISLAM DI TIMUR JAUH
Penindasan berdarah yang dikenakan ke atas umat Islam Uighur Turki di Turkestan Timur masih belum reda sehingga kini. China telah menangkap golongan muda Uighur Turki yang menyuarakan penentangan mereka, dengan alasan mereka adalah musuh yang berpotensi di masa hadapan. Untuk melepaskan diri dari penganiayaan tersebut golongan muda telah melarikan diri ke gunung-gunung ataupun ke padang pasir.
Semenjak tahun 1996, berpuluh ribu remaja Uighur Turki telah ditahan di kem-kem yang mana di situ mereka telah dikenakan bermacam-macam jenis penderaan. Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan di dalam laporan rasminya bahawa para suspek telah dibawa ke khalayak ramai, dan mereka sama ada dikenakan hukuman berkerja berat ataupun dibunuh oleh skuad penembak di hadapan masyarakat awam. Mahkamah-mahkamah beroperasi di bawah arahan Parti Komunis. Mungkin apa yang lebih dahsyat ialah wanita-wanita mengandung dibawa lari dari rumah mereka. Selanjutnya kandungan mereka digugurkan secara paksa dengan menggunakan teknik yang tidak selamat. Manakala kanak-kanak yang dilahirkan melepasi kuota kerajaan dibunuh, dan harapan keluarga mereka tidak didengari dan dihiraukan.
DIDERA DI TANAH MEREKA SENDIRI


Selepas tahun 1949, rejim komunis Mao telah membunuh kira-kira 35 juta orang Uighur Turki. Sebilangan umat Islam telah dibakar hidup-hidup atau dipukul hampir mati dan kemudian diseret dan dibiarkan mati dalam salji. Yang lain diikat kepada lembu-lembu jantan dan kemudian anggota-anggota badan mereka diceraikan apabila lembu-lembu jantan itu bergerak pada arah yang berlainan. Tiada seorangpun yang dibenarkan untuk mengamalkan agama dengan bebas.
Hari ini, Red China masih mengikut dasar polisi Mao dan melakukan kekejaman yang sama. Tiada sebarang pertubuhan hak-hak asasi manusia yang dibenarkan hidup di Turkestan Timur. Kawalan komunikasi pula terletak sepenuhnya di dalam tangan China. Akibatnya umat Islam menderita teruk.
Dalam masa 2 tahun sahaja, iaitu dari 1995-1997, lebih dari 500,000 Uighur Turki telah ditahan tanpa sebab oleh pihak berkuasa China.
Sepanjang tempoh waktu yang sama juga, lebih dari 5,000 mati akibat penderaan oleh China, ataupun hilang begitu sahaja.
Peristiwa yang berlaku pada bulan Februari 1997 telah menambahkan lagi bilangan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan China. Pada satu malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan tahun itu, yang berlaku pada 4 Februari, lebih daripada 30 orang wanita yang pergi ke masjid untuk menyambut malam yang amat bermakna kepada umat Islam itu, telah dibelasah sewaktu mereka sedang membaca Al-Quran, dipukul oleh ahli-ahli militia China dan kemudian diseret ke ibu pejabat keselamatan. Penduduk tempatan telah pergi ke ibu pejabat dan merayu supaya wanita-wanita tersebut dibebaskan. Namun demikian, mayat tiga orang wanita yang mati akibat diseksa telah dilemparkan kepada mereka yang datang merayu itu. Kemudian, terjadilah pergaduhan di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China. Kira-kira 200 orang penduduk asal Turkestan Timur kehilangan nyawa di antara 4 dan 7 Februari, dan lebih 3,500 yang lain telah dipenjarakan di kem-kem. Pada pagi 8 Februari pula, penduduk yang berkumpul di masjid telah dihalang dari mengerjakan solat oleh pasukan keselamatan. Pergaduhan tercetus lagi, dan akibatnya bilangan mereka yang ditahan iaitu seramai 58,000 orang pada April-May 1996, tiba-tiba melonjak melebihi 70,000 orang. Kira-kira 100 orang penduduk yang masih muda telah dihukum mati secara terbuka. Manakala 5,000 orang Uighur Turki telah ditelanjangkan dan dipamerkan untuk tontonan umum di dalam kumpulan-kumpulan yang setiap satunya seramai kira-kira 50 orang.
Setelah mengetahui semua ini, maka kita patut memberi perhatian kerana rakyat Turkestan Timur masih tidak menerima sebarang sokongan daripada Barat sepertimana yang diharap-harapkan.




Kekejaman yang dikenakan oleh komunis China ke atas Uighur Turki di Turkestan Timur masih berlaku sehingga kini, dan ia akan terus berlaku selagi falsafah Darwin-materialis yang menjadi dalang di sebaliknya tidak dihapuskan dengan perkembangan saintifik. Tidak cukup dengan hanya membaca polisi-polisi yang tidak berperikemanusiaan di dada-dada akhbar, melihat gambar-gambar mangsa kekejaman, dan kemudian mengeluh. Langkah-langkah saintifik dan kebudayaan mesti diambil bagi menghancurkan ideologi yang membawa kepada penindasan itu, dan setiap mereka yang beriman mesti mengambil posisi masing-masing bagi melakukan perang intelektual.
Definisi rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang genocide sudah tepat terhadap apa yang sedang berlaku di Turkestan Timur yang dijajah oleh China itu. Namun, rakyat Turkestan Timur masih tidak mendapat sebarang perlindungan dari PBB. Kira-kira 25 juta umat Islam Turkestan Timur masih menderita disebabkan oleh penindasan China, dan dunia menutup mata atau terus memalingkan muka terhadap kekejaman ini. Terdapat beribu-ribu tahanan politik, dan banyak di antara mereka yang sudah "lenyap" dari penjara. Penderaan ke atas tahanan sudah menjadi satu perkara rutin.
Untuk menamatkan penganiayan di Timur Tengah, pertama sekali dunia mesti diberitahu tentang syarat-syarat perjanjian yang tidak menentu yang sedang berlaku di situ, dan kemudian sekatan antarabangsa mesti dikenakan supaya China dapat merasakan bahangnya. China sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai secara tersembunyi, dan rakyat Turkestan Timur yang ditindas kehilangan cara untuk membolehkan suara mereka didengari. Masyarakat dunia mesti bertindak secara bersama terhadap perkara yang perlu diberi perhatian penting ini.
Harus diingat bahawa punca kekejaman dan penganiayaan di Turkestan Timur terletak pada falsafah Komunis China yang bencikan agama. Perang yang tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan terhadap manusia yang tidak berdaya adalah kesan daripada pemikiran materialistik dan komunis yang bersifat ateis. Para pemimpin komunis yang kejam sewaktu abad ke-20 telah me­ninggalkan suatu ideologi pembunuh dan kesannya berjuta nyawa terkorban. Turkestan Timur adalah contohnya. Satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menyekat mimpi ngeri ini dari terus menghantui manusia adalah dengan melancarkan peperangan ideologi untuk menentang ideologi-ideologi atheis seperti komunisme. Penghapusan asas-asas ideologi komunis adalan langkah pertama untuk menamatkan penindasan komunis di muka bumi.
Seperti yang telah ditegaskan di awal bab buku ini, asas kepada komunisme ialah Darwinisme. Karl Marx, iaitu pengasas komunisme telah mendedikasikan bukunya Das Kapital kepada Darwin, iaitu seorang tokoh yang amat beliau sanjungi. Di dalam bukunya yang bertajuk Ever Since Darwin, seorang saintis pro-Marxis-evolusinis yang terkenal telah menulis:
...Marx dan Darwin adalah secocok, dan Marx memuja Darwin setinggi-tingginya... Darwin sesungguhnya seorang pejuang revolusi yang berhemah.22
Pemimpin komunis China, Mao telah berkata menerusi satu ucapannya, "Sosialisme China dibina dengan berasaskan Darwin dan teori evolusi," maka dengan itu jelaslah dari mana beliau mendapat inspirasi terhadap kekejaman yang dilakukannya.23
Himpunan kenyataan ini yang telah mendedahkan asal-usul Marxisme dengan jelas memberitahu kita bahawa Darwinisme merupakan ideologi yang berselindung di sebalik praktis-praktis kejam yang dilaksanakan beberapa tahun dahulu di negara-negara seperti Rusia dan China, dan yang mana sehingga kini ia masih dilakukan terhadap orang-orang Chechen dan umat Islam di Turkestan Timur. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang saintifik Darwinisme dan kejatuhan ideologinya, rujuk bahagian apendiks tentang penipuan evolusi.)

TUNISIA




RAKYAT DITINDAS HANYA DISEBABKAN KEIMANAN MEREKA
Afrika Utara adalah satu lagi kawasan yang dilanda kekacauan selepas berlalunya zaman Turki Uthmaniyyah. Empayar Turki Uthmaniyyah telah menguasai kawasan Afrika Utara pada abad ke-16 dan telah membina sebuah pentadbiran yang stabil di situ. Namun demikian, kolonialisme telah memusnahkan kedamaian dan keselamatan di situ, termasuklah pentadbiran Uthmaniyyah. Proses kolonialisasi di Afrika bermula dengan kemasukan Belanda pada abad ke-17. Portugis, Inggeris dan Perancis kemudian membina empayar mereka di pelbagai wilayah di ka­wa­san tersebut. Namun demikian, untuk me­rampas teritori-teritori yang dimiliki oleh Turki Uthmaniyyah di Afrika Utara, mereka terpaksa menunggu sehingga kurun ke-19. Tunisia adalah salah sebuah negara yang telah melalui proses tersebut.
Pertembungan Tunisia dengan dunia Islam berlaku apabila pihak tentera Islam yang dipimpin oleh Abdallah ibnu Abi Sarh melaku­kan penaklukan pada tahun 648. Dalam jangka masa yang singkat, negara ini telah menjadi sebuah negara Islam, dan di penghujung abad ke-7, seluruh populasinya adalah terdiri dari­pada orang-orang Islam. Selepas itu, para pemerintah telah silih-berganti, tetapi ke­damaian dan keselamatan yang sebenar di Tunisia bermula pada tahun 1547 apabila Turki Uthmaniyyah mula memerintah. Tunisia menjadi wilayah Turki Uthma­niyyah dan ia terus kekal di bawah status tersebut se­hinggalah tahun 1881. Berbeza dengan corak pe­me­rintahan dik­ta­tor yang diamalkan di Barat, Turki Uthmaniyyah diperintah dengan berlandaskan kedamaian dan toleransi, yang mana kedua-duanya adalah ciri-ciri Islam. Di samping umat Islam Arab yang menjadi po­pulasi majoriti di situ, pelbagai jenis kumpulan-kum­pu­lan agama dan etnik seperti Berbers dan Yahudi, telah hidup dalam keadaan aman damai se­waktu zaman penuh ke­se­jah­teraan di Tunisia. Era aman damai ini ber­terusan sehinggalah berlakunya penaklukan oleh Perancis pada tahun 1881.
SEJARAH BERDARAH KOLONIALISME PERANCIS

Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering meletakkan kepentingan ke atas French High Lodge berbanding umat Islam Tunisia.
Perancis memerintah Tunisia dengan menggunakan gabenor-gabenor yang dipanggil "komissar senior." Seperti juga di Algeria, polisi yang penuh dengan kekejaman pun bermula. Semua pergerakan dan aktiviti penentangan yang menuntut kemerdekaan telah ditekan sehebat-hebatnya. Para pemimpin pergerakan Islam yang cenderung kepada kemerdekaan, dan juga mereka yang memberikan sokongan, telah ditindas dengan kejam. Ramai di antara mereka yang ditahan dan kemudiannya didera.
Perancis mendapati agak sukar untuk menyekat protes-protes dan juga untuk menghalang pemberontakan rakyat Tunisia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang kuat. Seperti mana yang berlaku ke atas negara-negara lain yang sudah dijajah, sebuah kerajaan boneka pasti dibentuk. Perancis menggunakan Parti Destour, yang mana pada asalnya ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan. Kemudian Perancis melantik seorang lelaki yang boleh dipercayai bagi mengetuai kerajaan boneka itu: Habib Bourgiba.
Pada mulanya, Bourgiba, yang telah mendapat pendidikan di Perancis sejak kecil lagi, telah menurut peraturan-peraturan Islam untuk menarik penyokong-penyokong popular. Sewaktu zaman mudanya, beliau menentang pentadbiran kolonialis Perancis dan bercadang untuk mendapatkan populariti dengan cara tersebut. Beliau malah telah memasuki penjara selama beberapa kali, dan cuba untuk me­non­jolkan imej sebagai seorang hero popular dengan melarikan diri dari Tunisia ke Kaherah.
Sekembalinya ke Tunisia, beliau cuba untuk mempengaruhi rakyat supaya memberontak tanpa ada sebarang sebab, dengan itu menyediakan peluang kepada campur tangan Perancis yang berdarah. Apabila pendudukan Perancis berakhir pada 1956, beliau menjadi wakil Perancis di negara tersebut. Apabila Perancis meninggalkan negara tersebut, ia me­ninggalkan kumpulan-kumpulan pen­tadbiran yang sangat setia kepada Peran­cis. Kumpulan-kumpulan ini adalah sebahagian daripada pentadbiran Bourgiba, dan mereka mempertahankan kepentingan Perancis dan malah sangat kejam kepada penduduk tempatan ber­banding apa yang telah dilakukan oleh Perancis.
Bourgiba yang memiliki kuasa mutlak dan tidak terbatas di negara tersebut pada 1959, kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai "Presiden seumur hidup." Beliau telah memerintah Tunisia dengan kuasanya sendiri selama 31 tahun, sehinggalah 7 November 1987 apabila beliau disingkirkan oleh Perdana Menteri Zein Al-Abidin. Sebab penyingkirannya adalah kerana beliau dikatakan mempunyai mental yang tidak stabil. Sepanjang tempoh beliau berkuasa, beliau telah menjadikan Tunisia bergantung kepada Perancis dari segi budaya, ekonomi dan politik. Malah kekayaan Tunisia turut dipindahkan ke Perancis.
Salah satu ciri diktator anti-Islam ini ialah seperti mana kebanyakan tokoh-tokoh lain yang serupa, beliau adalah seorang ahli Freemason senior.36 (Pent: Freemason adalah sebuah pertubuhan yang bencikan Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, anda bolehlah membaca buku Global Freemasonry, yang juga merupakan hasil tulisan Harun Yahya). Bagi Bourgiba, menjadi ahli Freemason adalah lebih penting dari Islam atau menjadi orang Tunisia. Beliau tidak memberikan keutamaan kepada umat Islam Tunisia, sebaliknya memberikan keutamaan tersebut kepada French Great Lodge. Beliau telah membuktikannya melalui peperangan yang dilancarkan olehnya terhadap agama Islam di negara tersebut.
Tindakan pertama Bourgiba adalah menukar sistem pendidikan dan undang-undang yang serupa dengan Perancis. Ciri utama sistem tersebut ialah ia dibentuk berdasarkan kebencian terhadap Islam. Beliau telah menjadikan masjid berada di bawah perhatian yang sangat rapi dan melarang melakukan solat di luar waktu-waktu yang tertentu. Beliau telah menangkap dan mendera dengan kejam umat Islam yang menentang rejimnya kerana mereka mahukan sebuah masyarakat Islam. Beliau juga telah menutup institusi-institusi pendidikan, bermula dengan Universiti Zaytuna yang menjadi simbol Tunisia selama ini. Zaytuna adalah sebuah pusat yang penting, seperti juga Universiti Al-Azhar di Kaherah, yang menjadikan Islam terus hidup di Afrika Utara dan telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang memberikan sebuah sinar kepada masyarakat. Tekanan dari Bourgiba semakin menjadi-jadi sewaktu bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu, beliau telah muncul di kaca televisyen dengan segelas minuman di tangannya dan telah menghalang rakyat dari berpuasa, dengan alasan "ia melembapkan perkembangan negara dan kemajuan pekerjaan." Malah, beliau mahukan jemaah haji pergi ke Kairawan, iaitu bandar suci Maghribi, dan tidak pergi ke Makkah, kerana perjalanan ke Makkah melibatkan kos yang lebih tinggi.
Pentadbiran Tunisia dengan bodoh mengikut sahaja polisi tersebut yang bertentangan dengan negara-negara Islam yang lain. Tunisia menggantungkan hubungannya dengan Sudan, menyokong Perancis yang menentang Algeria, dan melarang rakyat Tunisia dari melakukan solat untuk rakyat Palestin yang mati syahid, ataupun membincangkan tentang Intifada.
Malah hari ini juga, Tunisia dan Algeria masih melakukan penindasan yang lebih hebat dan lebih kejam terhadap umat Islam yang tinggal di negara-negara tersebut. Padahal ketika zaman kolonialis, penindasan yang dilakukan adalah tidak sekejam sekarang. Pengalaman umat Islam di kedua-dua negara tersebut mengingatkan kita terhadap metod kekejaman yang dilakukan oleh mereka yang menafikan kebenaran seperti mana yang telah diwahyukan di dalam al-Quran. Salah satunya adalah pemusnahan kawasan suci bagi menghalang manusia hidup dengan berlandaskan agama yang dianuti. Allah telah memberitahu kedudukan di dunia dan di akhirat bagi mereka yang cuba menghalang manusia dari mengingati Allah:
Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang menghalang menyebut nama-nama Allah di dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat. (Al-Baqarah, 2:114)
Azab pedih yang dijanjikan dalam ayat di atas sedang menanti para pemerintah zalim yang cuba mengahapuskan Islam di tanah airnya sendiri. Umat Islam mesti sedar tentang hal ini, mem­pertimbangkan keadaan para penindas di akhirat nanti atas segala penganiyaan yang telah dilakukan, dan mengetahui umat Islamlah pada akhirnya yang akan menjadi pemenang.
TIADA PERUBAHAN SELEPAS BOURGIBA
Selepas Bourgiba hilang kredibilitinya di Tunisia, Perancis cuba untuk meningkatkan pengaruhnya ke atas negara tersebut dengan melantik Duta Tunisia ke Paris, Hadi Mebruk, sebagai Menteri Luar. Pada masa yang sama, Perdana Menteri Zein Al-Abidin Bin Ali menjanjikan kebebasan kepada umat Islam, yang mana mereka telah bertahun-tahun menderita disebabkan oleh penindasan politik sewaktu berada di bawah rejim Bourgiba, sebagai cara untuk memancing hati mereka. Rejim Bin Ali, yang berjaya menyingkirkan Bourgiba dari tampuk kekuasaannya melalui sebuah rampasan kuasa, telah membebaskan beberapa orang tahanan politik. Mereka yang diusir telah dibenarkan pulang. Namun apa yang menyedihkan, rejim yang baru itu, yang mana menjadi harapan kepada umat Islam, terbukti tidak berbeza jika dibandingkan dengan pemerintahan Bourgiba. Bin Ali mula berjanji bahawa beliau akan memulakan proses perubahan di negara tersebut, tetapi setelah berjaya mengukuhkan kekuasaannya, beliau mula mengimplementasikan polisi-polisi menindas yang serupa seperti Bourgiba untuk menekan umat Islam.

KERAJAAN POLIS BIN ALI

Rejim Bin Ali telah menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis sepenuhnya. Terdapat seorang polis bagi 100 orang penduduk. Satu nisbah yang luar biasa. Rakyat enggan mengkritik kerajaan ataupun meluahkan sensitiviti Islam, walaupun di dalam rumah mereka sendiri. Mereka meneruskan kehidupan di bawah tekanan psikologi yang melampau.
Rejim Bin Ali menganggap segala cara yang digunakan bagi menghancurkan pergerakan keagamaan adalah berjustifikasi. Bukan hanya NAHDA, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan berasaskan Islam telah ditekan dengan teruk. Kira-kira 10,000 umat Islam sedang dipenjara di Tunisia, hidup dalam keadaan yang memilukan. Segala aktiviti-aktiviti dan publisiti-publisiti keislaman diharamkan. Kesan dari penindasan ini, semua orang cuba mengelak dari membicarakan tentang Islam. 
Satu-satunya perkara yang berubah di Tunisia selepas era Bourgiba ialah bertambahnya bilangan polisi-polisi menindas yang telah lama dideritai oleh umat Islam. Bin Ali lebih dahsyat berbanding Bourgiba, dan tindakan terkininya menjadikan Bourgiba lebih pasif jika perbandingan di antara mereka dibuat. Pada hari ini, Tunisia masih memiliki struktur antidemokratik di seluruh kawasan tersebut. Ini semua adalah angkara Bin Ali.37 Umat Islam yang mewakili spektrum masyarakat yang luas, sedang menunggu untuk memerintah negara tersebut dengan jalan demokrasi, tanpa membawa sebarang musibah kepada negara-negara Islam lain ataupun rakyat mereka sendiri.
MEREKA CUBA MELENYAPKAN PERGERAKAN ISLAM DI TUNISIA

Pergerakan Islam di Tunisia diwakili oleh Pergerakan Pro-Islam (NAHDA), yang telah diasaskan oleh Profesor Rashid al-Ghannouchi dan Abdul Fattah Moro. Apabila pergerakan tersebut mula mendapat kekuatan, berlakulah tindakan untuk melemahkannya, dan lebih 100 orang telah ditahan, termasuklah para pemimpinnya. Pergerakkan tersebut telah dihancurkan dalam masa satu malam. Para pemimpin kemudiannya di bawa ke mahkamah selepas sebulan ditahan, dan telah dihukum bunuh, atau dipenjarakan dari tempoh 20 tahun sehingga seumur hidup. Ghannouchi yang hidup dalam buangan di London, terlepas dari hukuman mati. Hukuman-hukuman mati telah dijalankan dengan segera. Di samping para pemimpin, ribuan yang lain turut ditahan atas sebab-sebab yang kurang serius.

  

ERITREA - ETHIOPIA


UMAT ISLAM MAHUKAN KEDAMAIAN DAN KESELAMATAN
Peperangan dan kekacauan telah lama berterusan di benua Afrika selama bertahun-tahun. Keganasan yang ber­laku amat sukar untuk dihapuskan. Selepas kuasa-kuasa kolonial seperti Britain, Perancis dan Belandas keluar pada tahun 1950-an dan 60-an, kebanyakan negara-negara Afrika jatuh ke dalam tangan diktator-diktator komunis atau pun fasis. Hampir kesemua rejim-rejim pasca-kolonial ini mengikut polisi pencerobahan sistematik ke atas umat Islam, dan mereka masih terus melakukannya. Salah satu dari­pada negara-negara tersebut yang mana peperangan dan kekacauannya tidak pernah reda gara-gara polisi tersebut adalah Eritrea, yang telah berada di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah selama dua abad yang bermula pada pertengahan abad ke-16.
ERITREA: LOKASI STRATEGIK AFRIKA
Eritrea terletak di utara Ethiopia, di sepanjang selat di mana benua Afrika menjadi semakin rapat dengan benua Asia. Ia telah menjadi sebuah lokasi penting selama beribu-ribu tahun, sama ada dari segi komersial atau ketenteraan. Seperti mana kebanyakan negara-negara lain yang terdapat di Afrika, negara ini juga muncul akibat proses pembahagian yang dilakukan oleh kuasa kolonial Eropah, yang mana ia dilakukan tanpa memikirkan kehendak dan hasrat penduduk tempatan.
Sesiapa sahaja yang mengua­sai Eritrea akan mengawal pintu masuk selatan ke Laut Merah, dan dengan demikian segala trafik di antara Mediter­ranean dan Lautan Hindi. Di samping itu, Eritrea me­wakili pelabuhan untuk Ethiopia.
Setelah menilai ke­pen­tingan strategik Eritrea, British telah me­nye­wa­kan­nya kepada Amerika se­bagai pengkalan komunikasi se­waktu Perang Dunia II, dan Amerika seterusnya telah menggunakannya selama 25 tahun yang berikutnya, de­ngan berdasarkan kepada perjanjian pertahanan di antara Amerika dan Ethio­pia. Ia adalah di antara pengkalan paling utama di dunia dan telah memainkan peranan penting dalam me­nyampaikan informasi ke­pada Washington sewaktu Perang Korea. Di samping kepentingan strategiknya, Eritrea menjadi semakin bernilai kepada kuasa-kuasa yang berminat terhadap kawasan tersebut disebabkan kekayaan simpanan emas dan mineralnya. Malah dijangka juga terdapat simpanan minyak dan gas di kawasan tersebut.
Sebelum Perang Dunia II, populasi di Eritrea adalah kira-kira 1 juta orang. Berdasarkan kepada sumber Barat, sekarang ia menjadi 2.5 juta orang, walaupun menurut pertubuhan penentang aktif di kawasan tersebut, 3.5 juta orang adalah angka yang lebih tepat. Majoriti populasi terdiri dari umat Islam.
PERJUANGAN UMAT ISLAM ERITREA

Haile Selassie
Selepas berakhirnya pemerintahan Turki Uthmaniyyah, Eritrea telah dijajah oleh Itali, dan melalui keputusan PBB pada tahun 1952 ia telah menjadi sebuah negeri persekutuan yang dihubungkan dengan Ethiopia. Walau bagaimanapun, rakyat enggan menerimanya. Akhirnya tercetuslah kebangkitan rakyat yang meluas. Pada 14 November 1962, Maharaja Haile Selassie telah mengumumkan bahawa beliau telah mengasimilasikan Eritrea, dengan menggunakan kekacauan dalaman di Ethiopia sebagai alasan. Semasa zaman Selassie, bermulalah polisi penindasan dan penderaan ke atas umat Islam. Ramai di antara mereka yang menentang pemerintahan rejim Ethiopia telah dibunuh.
Kesan daripada kempen kekejaman dan keganasan Ethiopia, beratus-ratus ribu rakyat Eritrea telah dipaksa keluar daripada tanah mereka di antara tahun 1967 dan awal 1970-an. Wanita, kanak-kanak dan orang tua, yang membentuk salah satu daripada kumpulan pelarian paling besar sepanjang sejarah, telah ditinggalkan begitu sahaja dan dibiarkan mati. Kesannya, kira-kira 200,000 orang mati akibat kebuluran. Ini berlaku gara-gara polisi pertanian yang salah.
Akhirnya, rejim Haile Selassie telah ditumbangkan melalui satu rampasan kuasa pada 1947. Pentadbiran kemudiannya diambil-alih oleh junta yang memiliki pandangan-pandangan Marxis. Tiada perubahan yang berlaku ke atas umat Islam. Sistem diktator bercorak Marxis ditubuhkan untuk menggantikan sistem fasis. Umat Islam terus menderita akibat penindasan, penderaan, penahanan dan kepayahan hidup.
Pemimpin selepas Haile Selassie, iaitu Haile Mariam yang memimpin rejim Mengistu Marxis, telah menjalankan polisi-polisi yang penuh dengan keganasan sewaktu zaman peme­rintahannya. Beliau tidak mengehadkan jumlah mereka yang dibunuh kerana memiliki pandangan yang berbeza, sebaliknya telah menghapuskan sebahagian populasi secara besar-besaran sewaktu ke­kuasa­annya selama 17 tahun. Gerakan anti-Islam di negara tersebut telah disokong oleh Mengistu, yang telah menyebarkan ke­takutan di seluruh negara. Sewaktu pemerintahan Mengistu, 10,000 buah masjid telah hancur dimusnahkan, dan setengah juta umat Islam terpaksa mencari perlindungan di negara jiran Sudan. Sebilangan kecil telah mencari perlindungan di Somalia. Pada bulan Mei 1991, perubahan kuasa sekali lagi berlaku di Ethiopia, walaupun Mengistu telah meninggalkan sebuah kedahsyatan di waktu kebangkitannya:



Masjid-masjid menjadi sasaran utama rejim Marxis Mengistu. 80 peratus daripada masyarakat Ethiopia memerlukan bantuan kemanusiaan, berpuluh ribu kanak-kanak menjadi cacat, dan beratus ribu rakyat terpaksa menjadi pelarian.
- 60,000 kanak-kanak menjadi lumpuh dan 45,000 menjadi anak yatim.
- Kira-kira 750,000 orang menjadi pelarian, yang mana seramai 500,000 orang masih hidup dalam kelaparan di Sudan.
- Kira-kira 80 peratus daripada populasi hidup tanpa zat makanan yang cukup atau hampir kebuluran, mereka memerlukan bantuan makanan.
- Hanya 1 doktor bagi setiap 48,000 penduduk, dan jangka hayat purata rakyat adalah 46 tahun.
SOKONGAN ISRAEL TERHADAP REJIM ANTI-ISLAM
Salah satu sebab berlakunya konflik yang tidak berkesudahan, kacau-bilau dan peperangan di Eritrea, yang merupakan salah satu kawasan termiskin di dunia walaupun ia memiliki kepentingan sosioekonomi dan geostrategik, adalah kerana wujudnya beberapa buah negara yang mendominasi polisi-polisi di kawasan tersebut, yang dilakukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, dengan mengabaikan kemahuan dan kehendak rakyat yang tinggal di kawasan tersebut. Israel adalah negara yang memainkan peranan utama.

Israel memiliki satu kesamaan dengan bekas-bekas rejim di Ethiopia dan Eritrea: Sifat anti-Islamnya.
Rejim-rejim Ethiopia dan Eritrea terdahulu memiliki satu perkara yang serupa seperti Israel: sifat anti-Islamik. Seperti yang telah kita lihat di awal buku ini, Israel melihat Islam sebagai ancaman paling bahaya terhadap dominasinya di Timur Tengah, maka Israel mengenakan kekejaman, kezaliman dan penindasan. Inilah sebabnya mengapa Israel sering hadir di kawasan-kawasan yang mana umat Islam sedang ditindas dan mengalami kepupusan, dari Bosnia hingga ke Filipina, dari Turkestan Timur ke Eritrea. Di dalam buku yang ditulis oleh Profesor Benjamin Beit-Hallahmi dari Universiti Haifa Israel, iaitu The Israeli Connection: Who Arms Israel and Why?, beliau telah menyifatkan segala aktiviti yang dilakukan oleh negaranya di seluruh dunia sebagai "Perang Dunia Israel." Seperti yang diutarakan oleh seorang kolumnis terkenal akhbar Israel, Nahum Barnea, "Israel akan menjadi pelopor Barat dalam peperangan untuk menentang Islam."38
Israel masih memiliki dua pengkalan yang sangat strategik di Eritrea. Satu terdapat di Pulau Dahlak, dan satu lagi terletak di kawasan pergunungan Mahel Agar berhampiran sempadan Sudan. Hubungan rapat Israel dengan Ethiopia bermula pada tahun 1950-an. Perikatan Israel-Ethiopia bermula pada tahun 1952 bermula dengan hubungan perdagangan, dan seterusnya membawa kepada dialog kelas atasan apabila wakil Israel bermesyuarat dengan Maharaja Haile Selassie dan pegawai-pegawai atasannya pada tahun 1956. Israel mula memberikan bantuan militari, kepintaran dan latihan kepada rejim Selassie dan pasukan askarnya. Ia bertujuan untuk meredakan pergerakan-pergerakan radikal dan umat Islam yang bangkit dan menyerang orang-orang Kristian Ethiopia. Profesor Hallahmi telah menggambarkan asas-asas ideologi perikatan Ethiopia-Israel seperti berikut:
Asas ideologi perikatan ini adalah persepsi Israel "sebagai manusia berani yang dikelilingi oleh kuasa-kuasa Islam yang memusuhi mereka kerana cuba merampas tanah air bersejarah milik Israel, sebuah situasi serupa terhadap orang-orang Kristian Ethiopia yang menganggap ia adalah satu analogi kepada sejarah mereka yang mana mereka kini berada di tengah-tengah ancaman umat Islam."39
Berdasarkan kepada buku tulisan Hallahmi, sebuah kumpulan penentang-pemberontakan yang dianggotai seramai 3,100 orang, dikenali sebagai "Polis Kecemasan," telah ditubuhkan oleh Selassie untuk mematahkan arus kebangkitan di Eritrea. Kumpulan ini mendapat latihan khas daripada pakar-pakar Israel. Berikutan dengan lawatan militari ke Ethiopia yang dipimpin oleh Jeneral Bar-Lev pada tahun 1971, Halep dan Fatima yang memiliki kepentingan strategik di pulau Ethiopia, telah dibuka untuk kegunaan Tentera Laut Israel.
Umat Islam Eritrea sedar akan kewujudan perikatan yang sedang mereka hadapi itu. Abu Halid, pemimpin pergerakan umat Islam Eritrea, telah membincangkan tentangnya dalam sebuah temuramah pada tahun 1970 yang dilindungi oleh wartawan Turki:
Ethiopia dan Israel telah menyatukan matlamat mereka. Para pegawai Israel telah melatih askar-askar Ethiopia yang mengelar leher-leher umat Islam... Perang pada 5 Jun 1967 tercetus akibat alasan penutupan Teluk Aqaba oleh Mesir. Israel mahu melihat Pelabuhan Eilat dan teluk tersebut terus dibuka, kerana ia menjadi pintu perdagangan di antara Israel dan dunia Timur. Jika kita di Eritrea berjaya mendapatkan kemerdekaan, kita dapat menutup jalan air Israel yang menjalinkan kerjasama dengan Yaman Selatan di bahagian selatan Laut Merah. Inilah sebabnya mengapa Israel membantu Ethiopia. Enam juta Yahudi di Amerika Syarikat menyokong tesis tersebut. Terdapat 400 orang pegawai Israel di dalam pasukan askar Ethiopia. Tiga musuh utama kita ialah Ethiopia, Israel dan juga Amerika Syarikat.40
Para pegawai Israel yang melatih komando-komando Ethiopia dan kumpulan-kumpulan antipengganas turut memainkan peranan penting dalam menjaga kekuasaan Haile Selassie. Menurut Jeneral Matityahu Peled, yang merupakan bekas pegawai kanan di dalam pasukan askar Israel, Selassie telah diselamatkan sebanyak tiga kali dalam cubaan rampasan kuasa. Itu semua adalah bantuan dari ejen-ejen Israel terutamanya yang mempunyai pengaruh kuat dalam pasukan polis rahsia Addis Ababa.
Ejen-ejen Israel hanya melakukan sedikit campur tangan dalam menentang rampasan kuasa Marxis untuk menyingkirkan Selassie pada tahun 1974. Ini adalah kerana rejim baru itu akan selari sepenuhnya mengikut taraf dan kehendak Israel, dan akan terus menjadi anti-Islam dan seterusnya melancarkan peperangan ke atas umat Islam Eritrea. Seperti yang dijelaskan oleh Profesor Hallahmi, "Ikatan yang berterusan dengan Israel dijelaskan melalui pendiriaan serupa kedua-dua buah negara tersebut dalam menentang kumpulan-kumpulan Islam di kawasan tersebut."41
Usaha-usaha oleh kumpulan pakar Israel di Ethiopia diteruskan dengan lebih cepat di bawah rejim Mengistu Marxis. Mereka terus melatih kumpulan-kumpulan anti-pemberontakan Ethiopia dan menyediakan bekalan senjata kepada puak rejim terbabit. Perikatan ini, yang diasaskan kerana permusuhan terhadap Islam, semakin mendapat kekuatan pada tahun 1990 apabila Israel menghantar bom-bom fragmentasi kepada rejim itu untuk digunakan ketika menentang "militan pemisah."
KEMERDEKAAN ERITREA GAGAL MENAMATKAN PENINDASAN

Pakar-pakar Israel yang melatih komando-komando Ethiopia dan kumpulan-kumpulan antiteroris adalah pembantu-pembantu yang hebat bagi membolehkan Haile Selassie terus memegang tampuk pemerintahan.
Kejatuhan blok Timur menunjukkan bahawa rejim komunis Mengistu di Ethiopia turut mengalami nasib yang sama. Pada tahun 1991, penentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh seperti Isaias Afeworki dan Meles Zenawi telah berjaya menyingkirkan kerajaan komunis. Zenawi yang telah mendapat kuasa masih gagal untuk berdiri menentang kemahuan rakyat Eritrea yang dahagakan kemerdekaan. Kemudian, satu referendum bertarikh 25 April 1993, menjadikan Eritrea bebas dari Ethiopia dan berjaya mendapatkan kemerdekaan.
Afeworki muncul sebagai pemimpin Eritrea baru setelah kemerdekaannya, walaupun masalah-masalah baru berkaitan polisi luar dan dalaman muncul pada waktu yang sama. Afeworki mula bertindak seperti rejim ganas Mengistu apabila beliau memulakan gelombang keganasan untuk menentang mereka yang beriman. Tekanan dari Afeworki, yang mengidam jawatan sebagai ketua negara dan speaker parlimen, membuatkan para penentangnya mengangkat senjata. Konflik berdarah tercetus di antara pasukan askar Eritrea dan kuasa-kuasa penentang, terutama sekali di kawasan pergunungan.
Kedahsyatan penindasan, terutamanya ke atas umat Islam, memasuki dimensi yang lebih mengerikan sewaktu zaman Afeworki. Penahanan dan pembunuhan tanpa sebab semakin berleluasa. Sekolah-sekolah Islam ditutup dan masjid-masjid dimusnahkan. Bahasa Arab dihentikan dari menjadi bahasa rasmi, dan beratus-ratus ribu rakyat melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di Sudan. Sesiapa yang mengkritik rejim Afeworki akan merasakan akibatnya.
Polisi-polisi menindas Afeworki bukan sahaja dikenakan ke atas rakyatnya, malah beliau turut memusuhi negara-negara jirannya. Beliau membawa Eritrea ke dalam kanncah peperangan dengan jirannya Yaman dan Djibouti, dan juga turut memusuhi Sudan, iaitu satu lagi negara jirannya. Beliau malah menunjukkan sikap yang sama ke atas Ethiopia, yang berkongsi banyak polisi-polisi strategi dan politik yang sama. Akhirnya beliau menawan Ethiopia. Sehinggalah berlakunya genjatan senjata pada 18 Jun 2000, pencerobohan ke atas Ethiopia telah menyaksikan beratus-ratus ribu rakyat kehilangan tempat tinggal, berpuluh-puluh ribu mati, dan beribu-ribu rakyat hidup dalam kebuluran disebabkan oleh embargo (sekatan) ekonomi.
KEADAAN MUTAKHIR DI ERITREA
Konflik sempadan di antara Eritrea dan Ethiopia yang bermula pada 1999 berakhir dengan genjatan senjata setahun kemudian dengan campur tangan Pertubuhan Kesatuan Afrika. Walau bagaimanapun, walaupun sudah jelas bahawa kedua-dua pihak berada dalam kesukaran ekonomi yang tenat dan rakyatnya pula sudah hampir kebuluran, agak memeranjatkan apabila mereka masih membelanjakan berjuta-juta dolar untuk membeli kelengkapan senjata. Elemen-elemen infrastruktur penting seperti pelabuhan, stesen janakuasa elektrik dan lapangan terbang telah teruk dimusnahkan, berjuta-juta rakyat terpaksa berpindah, kerugian berjuta-juta dolar berlaku dalam pergaduhan-pergaduhan yang tercetus. Berjuta-juta dolar, yang sangat-sangat diperlukan untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan tersebut, telah dikorbankan untuk membeli senjata. Dengan cara ini, kedua-dua pihak, yang merupakan sekutu Israel, telah menjadi pasaran menguntungkan kepada pengeluar senjata Amerika dan Israel. Malah mereka berjaya mengalihkan pandangan penduduk dunia tentang penindasan ke atas umat Islam kepada kisah peperangan.

WANG YANG BERJUTA-JUTA DIBELANJAKAN UNTUK SENJATA PADAHAL RAKYAT KEBULURAN

Konflik sempadan di antara Ethiopia dan Eritrea berakhir pada tahun 2000. Walaupun kedua-dua buah negara berhadapan dengan masalah ekonomi dan rakyatnya pula sedang kebuluran, mereka tetap melaburkan berjuta-juta dolar bagi keperluan peperangan.
Kezaliman berterusan sehingga ke hari ini. Umat Islam di Eritrea masih terus ditahan tanpa sebarang sebab, dihukum mati oleh mahkamah yang tidak adil, dibunuh oleh skuad-skuad pembunuh, dan segala macam bentuk penentangan diharamkan. Umat Islam dengan itu tidak dapat hidup berlandaskan kepada agama mereka, kebebasan untuk beribadah disekat, mereka yang tertindas meningkat hari demi hari, dan polisi-polisi penindasan, ketakutan dan pencerobohan tidak pernah reda. Sekolah-sekolah yang mungkin mengajar kanak-kanak Islam tentang agama mereka ditutup, dan masjid tempat bersolat diruntuhkan. Berpuluh-puluh ribu umat Islam terpaksa berpindah, dan berjuta-juta pelarian yang lari dari penganiyaan rejim tersebut sedang berusaha untuk terus hidup dalam keadaan lapar dan kebuluran.
Tindakan-tindakan zalim ini mengingatkan kita tentang ketidakadilan dan yang dikenakan ke atas umat Islam sepanjang sejarah. Al-Quran telah mendedahkan sifat-sifat pemerintah zalim adalah sama sahaja sepanjang zaman. Mereka ini, yang memiliki sifat-sifat keji, dan penganiayaan yang dikenakan ke atas wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak pernah berubah sama sekali. Seperti yang telah diterangkan oleh al-Quran, "Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, yang mana mereka itu memiliki kekuatan yang lebih besar dari mereka ini...?" (Qaaf, 50: 36), dengan jelas memberitahu kita bahawa mereka yang hidup di zaman dahulu adalah lebih kejam sewaktu melakukan kekejaman tersebut jika dibandingkan dengan mereka yang hidup pada hari ini. Salah seorang pemerintah zalim yang dikisahkan di dalam al-Quran ialah Firaun:
Sesungguhnya Firaun telah membuat berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki dan membiarkan anak perem­puan mereka hidup. Sesungguhnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Al-Qashash, 28: 4)
Seperti yang diterangkan oleh ayat tersebut, Firaun menindas dan mengenakan seksaan ke atas rakyatnya. Namun, harus diingat bahawa al-Quran menerangkan sesiapa yang terus menerus angkuh, melakukan kezaliman, akan mendapat kehinaan di dunia ini dan azab yang pedih akan menanti di hari akhirat kelak. Dengan cara yang sama, apa yang bakal diterimanya nanti di atas kezaliman yang dilakukannya dahulu adalah seksaan pedih di hadapan mahkamah Allah. Allah telah memberitahu tentang nasib mereka yang menafikan-Nya:
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan yang melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Asy Syuura, 42: 42)

  

SOMALIA


NEGARA MISKIN DI TENGAH-TENGAH PERANG SAUDARA
Apabila nama Somalia disebut, kebanyakan manusia memikirkan tentang musibah-musibah dahsyat yang dipetik dari laporan-laporan akhbar dan juga televisyen: kebuluran yang dideritai oleh jutaan rakyatnya, penyakit epidemik seperti kolera, kemarau, konflik saudara, peperangan suku kaum, ketidakstabilan politik - kesemuanya ini adalah penyakit-penyakit yang menjadi se­bahagian daripada kehidupan orang-orang Somalia. Bantuan dari badan-badan ke­manu­siaan masih tidak dapat menyelesaikan situasi getir yang sedang menimpa penduduk di situ, dan ia hanya dapat melegakan masalah dalam jangka masa pendek. Campur tangan politik yang beralasan untuk membina semula ke­damaian dan keselamatan, sebenarnya hanya meningkatkan lagi kekacauan dan konflik yang sedia ada.
Faktor asas yang membawa kepada ke­kacauan di Somalia bermula sejak detik pertama era kolonialisme. Somalia mula ber­temu dengan dunia Islam apabila umat Islam bermigrasi ke Abyssinia bertujuan untuk lari dari para penyembah berhala di Mekah. Ia telah dijajah oleh British pada abad ke-19. Selepas tempoh tersebut, Somalia menjadi sebuah medan peperangan yang tidak pernah tamat, kebuluran dan juga penyakit. Pada tahun 1884, pihak British menakluk utara Somalia, dan Itali pula menakluk bahagian selatan pada 1887, dan se­perti mana yang telah ber­laku di kebanyakan ne­gara Islam lain, ia membawa kepada zaman yang penuh dengan kezaliman dan pe­nin­­dasan.
Setelah melalui zaman kolonialisme yang panjang, Somalia akhirnya merdeka pada tahun 1960, dan Aden Abdullah dilantik menjadi presiden. Walau bagai­mana­pun, penubuhan sebuah sistem pentadbiran yang adil dan stabil tidak di­benarkan. Jeneral Moham­med Siad Barre mengambil alih negara tersebut dalam satu siri rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1969, dan semua parti politik dihapuskan. Barre melihat Islam sebagai halangan utama kepada sistem sosialis yang mahu di­laksanakannya. Oleh yang demikian, Barre telah mengharamkan segala buku-buku, majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang Islamik. Ramai golongan-golongan intelek dan ulama Islam yang menentang polisi tersebut telah dihukum di bawah arahan Barre.
Barre lari meninggalkan Somalia apabila pergaduhan tercetus pada 1991, dan terjadilah perang saudara yang besar. Kira-kira sejuta orang yang kebanyakannya umat Islam Somalia terpaksa berpindah ke beberapa buah negara-negara Afrika yang lain.

KEBULURAN DI SATU BAHAGIAN...
 
Kebuluran, penyakit-penyakit epidemik seperti kolera, kemarau, konflik dalaman, peperangan suku kaum dan ketidakstabilan politik yang dideritai oleh jutaan rakyat telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian di Somalia. Bantuan yang dihulurkan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan gagal menyelesaikan kesusahan rakyat. 75 peratus rakyat Somalia menderita disebabkan kekurangan zat makanan.
Di bawah resolusi Perhimpunan Umum PBB 1992, 30,000 orang dari pasukan askar PBB di bawah arahan Amerika Syarikat telah diletakkan di situ. PBB memasuki negara tersebut disebabkan protes yang meningkat dari masyarakat tempatan, dan telah meninggalkan negara tersebut pada 1994. Mereka menyebabkan lebih 7,000 orang mati, dan juga menjadikan kekacauan yang lebih teruk di Somalia.
Pada hari ini, peperangan saudara yang berlaku di antara pelbagai suku kaum diteruskan dengan pelbagai cara, dan bilangan mereka yang mati setiap hari semakin bertambah. Masalah kritikal yang sedang dihadapi negara ini ialah kira-kira 8 juta penduduk berada dalam kelaparan dan kemiskinan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Pertanian dan Makanan PBB (FAO) tahun 2000, 75 peratus rakyat Somalia mengalami kekurangan zat, dan banjir berterusan mempengaruhi negara tersebut dengan membawanya ke arah kebuluran yang sangat dahsyat.
Harus diingat bahawa berbeza dengan pandangan umum masyarakat dunia, masalah kelaparan sebenarnya boleh diatasi. Pembahagian secara adil sumber-sumber kekayaan bumi, sumber-sumber teknologi negara-negara kaya yang digunakan di serata dunia, dan menghalang penggunaan lebihan hasil keluaran dan sebaliknya menggunakannya untuk tujuan membantu, adalah beberapa langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menolong mereka di Somalia. Walau bagaimanapun, apa yang terselindung di sebalik kegagalan dalam usaha menyelesaikan masalah seperti kebuluran dan wabak penyakit pada hari ini ialah kebejatan masalah moral seperti pentingkan diri sendiri, tamak dan tidak peduli.
Budaya tidak beragama yang sedang mendominasi dunia hari ini memandu manusia ke arah sikap pentingkan diri sendiri. Akibatnya mereka enggan berkorban dan berusaha untuk menolong insan yang memerlukan. Budaya ini secara umumnya mencipta dua buah masyarakat yang berbeza: terlampau kaya dan terlampau miskin. Al-Quran telah menerangkan kisah mereka yang enggan memberikan makan kepada orang-orang yang lapar dan memerlukan seperti berikut:
Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak meng­anjurkan memberi makan kepada orang miskin. (Al-Maa'uun, 107:1-3)
Atas sebab itulah, usaha menyelamatkan dunia ini tidak terletak pada bahu orang-orang yang mendustakan agama, tetapi terletak pada bahu kerajaan yang sangat patuh kepada agama dan memerintah dengan adil. Jika Islam boleh menjadi lebih kuat dan seterusnya menguasai dunia ini, ia akan menjadi penyelamat bukan sahaja kepada umat Islam yang ditindas, tetapi juga kepada seluruh manusia yang ditindas di serata dunia.

DAN BANTUAN PBB PULA..

Pasukan PBB yang datang menghulurkan bantuan di Somalia berubah menjadi zalim, membakar rakyat jelata dan mendera mereka. Rakyat Somalia hilang kepercayaan kepada askar-askar asing yang menyerang mereka dan tidak pula menghulurkan bantuan yang diharap-harapkan.




DJIBOUTI


PENINDASAN DI SEBUAH NEGARA TERKECIL DI AFRIKA
Djibouti adalah sebuah negara kecil yang berdekatan dengan beberapa buah negara yang kurang dikenali ramai iaitu Somalia, Ethiopia dan Eritrea. Peperangan dan pembunuhan beramai-ramai sudah berlaku di sana selama beratus-ratus tahun, dan masya­rakat Islam sudah berada di dalam kancah konflik sejak zaman kolonialis sehinggalah ke hari ini.
Islam datang ke Djibouti pada kurun ke-7 dan ke-8. Sehingga permulaan abad ke-16, umat Islam menjadi kuasa tunggal di kawasan tersebut, yang kemudiannya berada di bawah pengaruh Portugal, sebuah kuasa perdagangan dan politik utama pada waktu itu. Apabila Mesir berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah, Horn of Africa yang mana di situlah terletaknya Djibouti, turut menjadi sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniyyah.
Seorang wanita Djibouti yang pada mulanya dirogol, kemudian didera, dan kemudian dibakar hidup-hidup dengan menyalakan gasolin yang dicurah ke badannya
Sejarah berdarah Djibouti sebenarnya bermula apabila Terusan Suez dibuka kepada laluan maritim antarabangsa dan negara-negara Eropah mula bersaing untuk mengjajah negara-negara di benua Asia dan Afrika. Mereka mahu mendominasi negara-negara tersebut dari aspek ekonomi, politik, ketenteraan dan keagamaan. Sebagai salah sebuah negara yang berkuasa pada abad ke-19, Britain dan Perancis telah bersaing hebat dalam kerja-kerja penjajahan dan perluasan kuasa. Britain memasuki Aden pada 1839 dan Somalia pada tahun 1869, dan dengan itu berupaya mengawal aktiviti perdagangan di Laut Me­rah. Djibouti menjadi se­buah negara penting di­sebabkan oleh ke­dudu­kan­nya yang strategik. Ia ber­kait rapat dengan Terusan Suez. Bagi menyeimbangi kejayaan Britain, pihak Perancis telah membina dermaga di pantai Djibouti. Pada tahun 1884, Perancis berjaya mendominasi ke­seluruhan kawasan melalui perjanjian dan ikatan yang dimetrai.
Tahun-tahun yang ber­ikutnya menjadi titik hitam kepada rakyat Djibouti. Masyarakat Islam Djibouti mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang nasib masa depan negara mereka. Keturunan Isha Somali berpendapat bahawa mereka patut bersatu dengan Republik Somalia. Komuniti etnik kedua terbesar di sana pula, iaitu Afar, berpendapat bahawa Djibouti mesti menyokong kebergantungan mereka dengan pihak Perancis. Kedua-dua pandangan yang berbeza ini, ditambah pula dengan sokongan Perancis, membuatkan persengketaan menjadi lebih ganas. Walaupun jumlah umat Islam yang menyokong penyatuan dengan Somalia adalah jauh lebih ramai, namun referendum pada 16 Mac 1967 telah memutuskan bahawa Djibouti mesti terus bergantung kepada Perancis. Namun, terjadi konflik berterusan selepas referendum tersebut. Ini disebabkan oleh tekanan dari Perancis dan penipuan sewaktu pengundian. Pasukan askar Perancis kemudiannya menakluk negara tersebut, dengan menggunakan alasan untuk campur tangan dalam insiden berdarah di antara dua kumpulan etnik di dalam negara tersebut; majoriti penduduk tempatan telah dibunuh dan ratusan ribu yang lain telah diusir keluar. Kaum Isha telah dilemahkan sewaktu operasi tersebut dan kaum Afar telah mengambil-alih pemerintahan negara.
Djibouti mendapat kemerdekaannya pada tahun 1977, dengan 97 peratus daripada keseluruhan populasinya memilih untuk men­dapatkan kemerdekaan. Semenjak itu Djibouti menjadi sebuah negara yang terkenal dengan rampasan kuasa ketenteraan. Di antara tahun 1977 dan 1991, 2,000 orang umat Islam telah dilayan tanpa sifat kemanusiaan. Laporan Amnesti Antarabangsa menerangkan tentang bentuk-bentuk penderaan dan penghinaan yang dikenakan ke atas rakyat Djibouti. Kira-kira 7,000 orang telah ditahan tanpa sebab dan didera oleh negara terbabit.43
Kira-kira 3,500 orang askar Perancis masih diletakkan di Djibouti, yang mana terus berada di bawah dominasi politik dan ketenteraan Perancis.44 Djibouti tidak memiliki sebarang pasukan askar kebangsa­an­nya sendiri dan ia sekadar bergantung kepada kehadiran pasukan askar Perancis. Perancis bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri selama bertahun-tahun semenjak Djibouti mendapat kemerdekaan. Di samping itu, terdapat ramai penasihat-penasihat dan pegawai-pegawai Perancis dalam pentadbiran negara tersebut. Kerajaan berada di ambang kemuflisan. Ia masih berdiri kerana sokongan yang diberikan oleh negara-negara Eropah.


Sejak 1991 sehingga kini, pasukan keselamatan Askar Nasional Djibouti telah melakukan serangan-serangan besar ke atas wilayah utara negara ini. Tidak cukup dengan mendera, mereka turut membakar sekolah-sekolah dan gedung ubat-ubatan. Mereka memusnahkan bekalan air, merogol, dan melakukan genocide. Gambar-gambar menunjukkan keadaan selepas serangan pada 1992.
Sebagai tambahan kepada pemerintahan kolonialis yang panjang ini, Djibouti kini sedang berhadapan dengan masalah kemiskinan yang sangat teruk. Kemarau telah menyebabkan kematian sejumlah besar haiwan ternakan. Rakyat kini sedang menderita disebabkan oleh kekurangan zat makanan.

TEKNIK PENDERAAN REJIM DJIBOUTI
Di samping konflik dalaman, rakyat Djibouti turut didera. Salah satu daripadanya dikenali sebagai “Poste.” Cara ini dilakukan buat kali pertama di kem buang negeri Lac Assal pada tahun 1993. Para mangsa diletakkan dalam keadaan muka menghadap bawah dan lengannya diregang keluar. Mereka kemudian digantung terbalik, wajah mereka separas dengan lubang di tanah, walaupun muka tidak mencecah tanah. Dua biji batu kemudian diletakkan di bahu mereka, jadi bahu mereka menampung keseluruhan berat. Kesan dari penderaan ini, mereka tidak dapat mengangkat lengan mereka. Teknik penderaan ini telah dilakukan ke atas puak penentang rejim. Mangsa dalam gambar di atas adalah satu daripada ribuan rakyat Djibouti yang telah dikenakan penderaan yang amat menyakitkan itu.

   

SUDAN


SEBUAH NEGARA YANG CUBA LARI DARI PERGADUHAN DAN PERANG SAUDARA
Sudan, sebuah negara yang betul-betul terletak di bahagian selatan Mesir, turut menyebabkan kuasa-kuasa anti-Islam berasa tidak senang dan tidak selesa di­sebabkan oleh identiti keislamannya. Salah satu masalah paling utama yang melanda Mesir ialah konflik berpanjangan di antara penduduk di bahagian utara dan selatan. Konflik ini adalah pertembungan di antara agama dan etnik yang berbeza. Umat Islam tinggal di bahagian utara, manakala Kristian Afrika membentuk masyarakat di bahagian selatan. Pemecahan etnik dan agama ini adalah satu legasi ataupun warisan British yang telah membentuk satu sempadan di negara tersebut. Legasi ini menuntut korban nyawa. Semenjak tahun 1960-an, penduduk di bahagian selatan (yang beragama Kristian) membentuk sebuah pemberontakan terancang bagi menentang pemerintahan Khartoum oleh umat Islam Arab di bahagian utara. Pemberontakan ini di­uruskan oleh Pertubuhan Kristian yang meng­gelarkan diri mereka sebagai "Anya-Nya."
Pada tahun 1989, pemberontakan di bahagian selatan menjadi lebih agresif ber­ikutan penubuhan rejim Islam di negara tersebut. Ini kerana terdapat "sesetengah pihak" yang sering mengapi-apikan pem­berontakan menentang pentadbiran Khartoum.
Seperti yang boleh di­bayangkan, Israel menjadi ketua yang menyokong ke­bangkitan Anya-Nya. Di dalam buku The Israeli Connection (Perhubungan Israel) tulisan Benjamin Beit-Hallahmi, beliau mendedahkan bahawa Israel telah menyokong pem­berontakan di bahagian selatan semenjak 1960-an lagi. Semenjak itu, Israel telah memberikan kepada pergera­kan Anya-Nya pelbagai senjata api dan latihan ketenteraan. Mossad, iaitu sebuah agensi pakar milik Israel, telah mem­bina hubungan dengan pem­berontak di bahagian selatan melalui stesen-stesennya yang terletak di Uganda, Chad, Ethiopia dan Congo, dan kira-kira 30 gerila Anya-Nya telah diberi latihan khas di ibu pejabat Mossad yang terletak di bandar Torit. Pada tahun 1970, Israel membuat perjanjian dengan Uganda, yang terletak di selatan Sudan, dan dengan itu meningkatkan kebolehannya untuk mengeksploitasi sempadan Uganda-Sudan dan juga untuk memberikan sokongan kepada Anya-Nya. Berdasarkan maklumat Rolf-Steiner, seorang askar upahan, yang bertarung dengan Anya-Nya, Israel menjadi pelindung utama pihak pemberontak di bahagian selatan.45
Sudan melalui era pergolakan politik sehingga tahun 1989, apabila Pertubuhan Persaudaraan Islam yang dipimpin oleh Hasan al-Turabi mengambil-alih sistem pemerintahan negara. Semenjak itu, wujudlah sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh al-Turabi. Berikutan dengan pengenalan undang-undang Islam oleh Parlimen Sudan, Anya-Nya memulakan kebangkitan barunya. Kali ini mereka bergerak di bawah nama Tentera Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA). Sebelum duduk semeja untuk berunding dengan pihak pemerintah, pemimpin SPLA iaitu John Garang mahukan pembatalan undang-undang Islam sebagai satu pra-syarat. Apabila parlimen enggan menerima pra-syarat tersebut, kezaliman mula meningkat. Ke­bangkitan ini yang menentang rejim Islam telah mendapat sokongan daripada pelbagai negara.
Israel sekali lagi menjadi penyokong utama. Dr Ahmed Abdul Halim, Duta Sudan ke Mesir memberitahu kepada Al-Ahram Weekly yang diterbitkan di Mesir bahawa, "(SPLA) mendapat sokongan ketenteraan terutama sekali dari Israel dan pembantu-pembantu militari Eritrea."46 Fakta-fakta yang muncul hari demi hari mendedahkan bahawa Israel menjadi dalang utama kepada pemberontakan bersenjata Kristian.
HELAH KEBULURAN DAN PENIPUAN "NEGARA PENGGANAS"
Ketika ini sedang berlaku peperangan bagi menentang rejim Islam di Sudan. Perang ini mempunyai dua dimensi yang berasingan. Satu adalah helah kebuluran dan satu lagi adalah konsep "negara pengganas."

Separatist guerrillas supported by Israel.
Jika dilihat menerusi sumber-sumber alamnya, Sudan boleh dikatakan sebuah negara yang kaya. Terdapat uranium, emas dan juga simpanan minyak, malah tanahnya juga subur. Namun disebabkan oleh perang saudara yang berlaku sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Sudan kini dilihat sebagai sebuah negara yang sangat miskin.
Walaupun dihantui dengan pelbagai jenis musibah, Sudan telah mengambil langkah serius bagi membangunkan semula negara tersebut dengan berkuasanya pihak rejim Islam pada tahun 1989. Pentadbiran tersebut, yang dipimpin oleh mahasiswa Sorbonne iaitu Hasan al-Turabi yang berslogankan "Agama adalah enjin sebenar kemajuan," telah menjadikan beribu-ribu hektar tanah sesuai digunakan untuk tujuan pertanian. Dua buah projek empangan terbesar di Sungai Nil telah dimulakan bagi menggunakan sumber air Sudan yang melimpah-ruah. Ia digunakan untuk mengairi tanah seluas kira-kira 1.5 juta ekar di sepanjang sungai tersebut dan juga bagi menjadikan Sudan sebagai negara penghasil tenaga elektrik terbesar. Namun demikian, Sudan gagal untuk memasarkan produk keluar­an­nya kerana ia telah dilabel sebagai sebuah "negara pengganas," di samping sekatan ekonomi yang dikenakan ke atasnya.
Dengan cara ini, proses kemajuan di Sudan sedang dihalang. Di sebalik semua ini, para wartawan Barat sering melaporkan berita-berita tentang kes-kes kelaparan di Sudan. Satu-satunya kawasan di negara tersebut yang dilanda kelaparan sebenarnya adalah di bahagian selatan, yang memberontak menentang pemerintahan pusat.
Matlamat utama di sebalik laporan-laporan sedemikian ialah: Pertama sekali untuk menggambarkan bahawa kerajaan sebagai bertanggungjawab dengan menyebarkan propaganda tentang "kebuluran di Sudan," dan kemudian cuba untuk meraih pengaruh di negara tersebut dengan mengatakan bahawa bantuan kemanusian sedang dihulurkan kepada mereka yang kelaparan di negara tersebut. Sudah tentu bahawa penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Sudan adalah satu tugas kemanusiaan yang sangat penting, dan mereka harus disokong. Namun, apa yang sering berlaku ialah bantuan-bantuan tersebut tidak sampai ke destinasi yang ditetapkan atau pun intensif-intensif sedemikian tidak dilakukan dengan niat untuk menolong. Hakikatnya bantuan yang diberikan tidak mempunyai kualiti yang bagus dan tidak sesuai. Hal ini menjadi petanda penting terhadap niat sebenar penghantaran bantuan terbabit. Mereka yang pernah melihat bantuan tersebut di tempatnya pasti mengatakan bahawa makanan yang diberikan tidak berkualiti dan hanya sesuai diberikan kepada haiwan. Seorang pemerhati telah melaporkan seperti berikut:
KUASA-KUASA ANTI-ISLAM MENYOKONG PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN

Dakwaan lain yang dibuat oleh Amerika sewaktu ia mengisytiharkan Sudan sebagai sebuah “negara pengganas” adalah disebabkan oleh pencabulan hak-hak kemanusian di bahagian selatan negara itu. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah perjuangan bagi menentang tindakan keganasan ke atas pemberontak yang bencikan rejim Islam. Para pemberontak terus mengganas dengan menerima sokongan Barat, dan walaupun kenyataan dari Presiden Al-Bashir mengatakan pemberontakan akan tamat jika mereka mahu meletakkan senjata, segala seruan ke arah keamanan telah diabaikan.
Namun Amerika mengisytiharkan Sudan sebagai negara pengganas pada Ogos 1993, walaupun tiada bukti kukuh. Berikutan itu, sekatan ekonomi dijalankan, bantuan dari IMF dan Bank Dunia dibekukan, dan sekatan senjata telah dikenakan. Bantuan makanan kepada Sudan turut dihentikan. Gambar-gambar menunjukkan para pemberontak Kristian di selatan Sudan.
Saya melihat dengan mata saya sendiri bantuan makanan gandum yang dihantar ke Sudan. Kerajaan Sudan bercadang untuk menjadikan gandum tersebut makanan kepada haiwan ternakan kerana ia sudah melebihi tarikh luputnya dan mempunyai kualiti yang sangat teruk. Saya berasa hairan apa...akan...terjadi kepada gandum ini jika ia tidak dihantar ke Sudan? Saya percaya mereka (Pent: iaitu yang menghantar gandum ke Sudan) akan memusnahkannya atau pun menjadikannya sebagai makanan kepada haiwan mereka sendiri. Inilah kebenaran di sebalik bantuan yang diberikan oleh...negara-negara Barat yang lain, bantuan yang dipergunakan sebagai propaganda. Kerajaan baru Sudan kini tidak lagi mengetuk pintu negara-negara penindas dan meminta bantuan makanan dari mereka.47


Genap 83 peratus dari 25 juta rakyat Sudan beragama Islam, 10 peratus animis dan 7 peratus lagi Kristian. Animisme dan Kristian hidup di selatan, manakala umat Islam di bahagian utara. Tanah yang subur di bahagian utara menyangkal propaganda “berlaku kebuluran di Sudan.”
Di sebaliknya, propaganda yang mengatakan Sudan sebagai sebuah "negara pengganas" dan menyokong keganasan masih terus berlaku. Ini pastinya satu tuduhan serius yang perlu disiasat. Adalah sesuatu yang semula jadi bahawa hal-hal seperti keganasan mesti diberikan perhatian mendalam kerana ia melibatkan keselamatan rakyat. Namun, tiada usaha yang dijalankan bagi menghalang terorisme yang boleh menyebabkan mereka yang tiada sangkut-paut dengannya berada di ambang bahaya. Usaha-usaha yang diambil hanya boleh berjaya jika kedamaian dan keadilan berjaya diwujudkan. Jadi kita tidak seharusnya bersikap acuh tak acuh dalam hal ini.
Seperti yang telah ditekankan berulang-kali dalam buku ini, punca utama terhadap apa yang sedang berlaku di Sudan kini adalah disebabkan oleh identiti Islamnya yang kuat. Namun demikian, sebenarnya kerajaan Omar Hassan al-Bashir yang memegang kuasa selepas al-Turabi, sedang melakukan konsesi atau pun penyerahan ke atas garis-garis panduan Islam negara tersebut dan mengambil beberapa langkah bagi memenuhi hasrat Barat. Hakikatnya al-Bashir, yang dituduh membawa semangat nasionalisme Arab ke Sudan, yang berhasrat mahu menangkap tokoh-tokoh seperti al-Turabi yang mendapat sokongan dari banyak negara Islam, telah memberikan petanda kepada kita semua bahawa sebuah perkembangan yang tidak diundang sedang berlaku di negara tersebut.
UZBEKISTAN


BEKAS KOMUNIS TERUS MENINDAS UMAT ISLAM
Caucasus baru-baru ini telah menjadi tumpuan utama dalam perkembangan dunia Islam. Republik Islam Turki yang mula berjuang untuk kemerdekaan selepas tumbangnya Kesatuan Soviet, mendapati bahawa mereka sedang menentang dasar perluasan kuasa oleh Rusia. Rusia masih diperintah oleh mereka yang berfahaman komunis yang masih memiliki mentaliti yang sama, dan negara tersebut terus menganggap negara-negara di Asia Tengah sebagai miliknya. Oleh itu, untuk menjadikan negara-negara di Asia Tengah tunduk kepadanya, Rusia telah memilih untuk membentuk perikatan dengan pentadbiran-pentadbiran anti-Islam di kawasan tersebut.
Hari ini, umat Islam di Caucasus dan Asia Tengah hidup dalam ancaman perluasan kuasa Rusia dan pentadbiran mereka sendiri yang dengan aktif bersubahat dengan Moscow. Ketika peperangan di Chechnya sedang ber­terusan, Persekutuan Rusia dengan aktif terlibat dalam penindasan dan pencerobohan ke atas umat Islam di beberapa republik yang memiliki umat Islam sebagai penduduk majoriti. Rusia kadang-kala melakukannya secara terang-terangan, dan sekali-sekala melalui pentadbiran tempatan yang pro-Rusia. Uzbekistan telah mengikuti jejak langkah negara-negara yang telah pun mengalami kesengsaraan seperti Azer­baijan, Dagestan, Chechnya dan juga Tadjikstan.

TEKANAN ANTI-ISLAM DI UZBEKISTAN
Uzbekistan sedang bergelut dengan masalah domes­tik­nya selama ber­tahun-tahun. Ekonomi negara itu betul-betul meleset dan penduduk awam sedang menderita teruk. Peme­rintahan Kerimov yang enggan membenarkan wujudnya walau satu puak penentang yang bersifat sangat bersederhana, terus menambahkan masalah yang sedia ada, dan tidak pula mahu menyelesaikannya.48
Sekiranya Kerimov membenarkan polisi sederhana dengan memberi laluan kepada berbagai-bagai pendapat disuarakan, tanpa ragu lagi ia akan menuju ke jalan kebaikan, bukan sahaja kepada rakyat Uzbekistan, tetapi juga kepada pemerintahannya sendiri. Namun, beliau lebih suka mengambil tindakan terburu-buru. Negara tersebut telah memenjarakan lebih dari 50,000 orang baru-baru ini kesan dari polisi menindas yang dijalankan. Selepas bom-bom meletup di pusat-pusat bandar, pentadbiran Uzbekistan telah menahan beribu-ribu orang di seluruh dunia, mengenal pasti mereka yang memiliki kecenderungan beragama sebagai teroris, dan menubuhkan sebuah sistem pemerintahan yang secara total menafikan hak-hak ke­manusiaan dan juga kebebasan. Namun, polisi menindas itu sebenarnya lebih mengajak kepada persengketaan berbanding pencegahannya, dan berakhir dengan menjadikan puak penentang lebih kuat lagi. Untuk menjadikan Uzbekistan aman dan stabil, adalah penting untuk mengadakan dialog di antara pemerintahan Kerimov dan puak penentang. Dialog juga dapat menjadikan puak penentang mengambil sikap lebih sederhana di masa hadapan.

SIKAP TIDAK SENANG RUSIA TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM DI ASIA TENGAH


Islam A. Karimov
Kebangkitan agama yang bermula di Turki telah mengejutkan Kremlin. Kerajaan Mikhail Gorbachev terutamanya, sangat bimbang dengan angin perubahan itu. Perkara ini sering-kali mendapat tempat di dada-dada akhbar waktu itu, dan Kremlin mula merancang tindakan-tindakan yang patut dilakukan. Menurut akhbar harian Uzbekistan, Pravda Vostoka, Gorbachev telah berucap kepada para pegawai parti tempatan yang dipanggilnya untuk "perjuangan penuh tegas dan tanpa kompromi menentang fenomena beragama." Kemudian beliau berkata, "Kita mesti tegas terhadap semua pegawai-pegawai kanan dan komunis, terutama sekali terhadap mereka yang mendakwa mempertahankan idea dan moral kita, tetapi sebenarnya mereka memiliki pandangan yang berbeza dan menghadiri pula upacara-upacara keagamaan."49
Berkenaan dengan ketegasan Gorbachev dalam menentang agama, majalah Times melaporkan:
Sesungguhnya amatlah jarang bagi Sekretari Awam Soviet untuk menentang agama dengan cara yang sangat jelas; tugas yang biasanya dilakukan oleh orang-orang bawahan. Di sebalik semua itu, Kremlin sedang bimbang kalau-kalau tindakan menentang agama itu tidak mencapai sasaran sebenar. Akhir sekali, hakikat bahawa Gorbachev memilih Tashkent sebagai tempat untuk melakukan serangan agama menandakan bahawa kepimpinan Soviet sangat takut dengan perkembangan terkini...menyapu bersih dunia Islam, yang mana mungkin pada akhirnya menyebabkan kebangkitan semangat Islam di Asia Tengah Soviet.
[Semenjak 1918], rejim tersebut telah meletakkan syarat-syarat ketat ke atas gereja, synagogues dan masjid, dan seterusnya melancarkan kempen penindasan menentang mereka yang beriman. Latihan ke atas pemimpin-pemimpin agama sangat dilarang, dan pendidikan ke­agamaan ke atas mereka yang berusia bawah 18 tahun telah diharamkan. Pada masa yang sama, semua kanak-kanak sekolah didoktrinkan dengan fahaman ateisme.
Islam mendapat masalah besar, dan perhatian khusus. Umat Islam Soviet ditempatkan di kawasan sempadan strategik U.S.S.R dan mereka meneruskan perhubungan dengan umat Islam di negara-negara jiran.... Tiada sebarang statistik yang boleh dipercayai tentang berapa ramai umat Islam Soviet yang mengamalkan agama mereka. Namun, berdasarkan kepada laporan politik tahun lepas yang diterima oleh Kongres Parti Komunis Kazakhstan ke-16 melaporkan bahawa Islam "masih kuat dan terus berkemabang"... Perjumpaan tidak rasmi menganggarkan bahawa jumlah mereka yang beriman adalah jauh melepasi kapasiti masjid-masjid yang didaftarkan secara sah, iaitu dalam 300 ke 500 buah (Terdapat kira-kira 24,000 masjid sebelum Komunis mengambil alih).50
Apa yang sedihnya, mentaliti ini yang ditinggalkan sejak zaman Soviet, terus mempengaruhi di satu kawasan birokrasi Rusia dan beberapa badan di Republik Turki. Ketegangan terjadi di antara kawasan yang memiliki penduduk yang beriman dan pusat autoriti. Contoh paling jelas yang dapat membuktikan semua ini ialah 1 dalam 500 penduduk Uzbekistan berada di dalam penjara disebabkan oleh identiti Islam mereka.
Ketegangan di Uzbekistan meningkat setiap hari, menunjukkan bahawa kekacauan akan terus berlaku buat masa yang lama jika polisi yang bersifat sederhana tidak dilaksanakan. Apabila kita melihat fenomena-fenomena seperti keganasan, kekurangan bekalan air, kekacauan dalaman, kepayahan ekonomi, bermacam-macam peraturan dan kezaliman terhadap hak-hak asasi manusia secara keseluruhan­nya, jelaslah bahawa situasi sedemikian hanya dapat diubah secara radikal. Antaranya, puak penentang di negara terbabit mestilah diberikan peluang untuk melontarkan pandangan, menghentikan penahanan politik dan pemenjaraan, dan mereda ketegangan dengan mewujudkan atmosfera yang saling bertoleransi.


SEBAB PENINDASAN: SISTEM PEMERINTAHAN YANG LARI DARI NILAI-NILAI ISLAM
Tidak wujud keselamatan dan keamanan di tempat-tempat yang hilang nilai-nilai agamanya. Namun demikian, di kebanyakan negara-negara Islam, kerajaan yang mendakwa memiliki nilai-nilai Islamik lupa bahawa dengan menolak moral-moral al-Quran, ia membawa negara ke dalam kancah kekacauan. Inilah sebabnya mengapa sesetengah negara di Asia Tengah, yang setiap hari semakin jauh dari nilai-nilai Islam, gagal untuk mencapai kestabilan yang diidam-idamkan. Dalam masyarakat yang mana ideologi kosong komunis dan materialis bermaharajalela, ia pasti akan menemui kegagalan, seperti yang telah kita lihat dalam contoh-contoh yang lepas. Ini kerana di dalam persekitaran yang tiada moral keagamaan, para pemerintah hanya mementingkan diri mereka sendiri, zalim, suka menindas, bencikan keamanan dan tidak suka menolong orang. Al-Quran telah menarik perhatian kita tentang bahaya yang datang dari mereka yang terpesong jauh itu:
Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan haiwan ternakan, dan Allah bencikan kerosakan. (Ali-Imran, 2:205)
Seperti yang telah kita lihat, sikap mereka yang disebutkan di dalam ayat di atas akan terus wujud selagi ajaran-ajaran Allah tidak ditegakkan. Apabila sesebuah negara ditadbir oleh mereka yang takutkan Allah, maka akan wujudlah kerjasama, keadilan, dan sikap tolong-menolong. Tiada seorang pun yang akan dibenarkan untuk melakukan ketidakadilan. Kehendak semua orang akan dipenuhi, perkhidmatan-perkhidmatan dan juga penyelesaian-penyelasaian baru akan ditemui. Segala kemungkinan akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat. Mereka yang hidup dengan berlandaskan ajaran Islam akan melakukan semua kebaikan tanpa mengharapakan balasan di dunia, tetapi adalah untuk mendapatkan keredaan Allah dan ganjaran di Hari Akhirat kelak.
PENCATURAN LICIK ISRAEL DI ASIA TENGAH

Signifikan kemunculan republik-republik Islam satu demi satu di Asia Tengah selepas tumbangnya USSR telah difahami terlebih dahulu oleh Israel sebelum bangsa-bangsa lain. Kerajaan Yahudi menyedari bahawa perkembangan ini mempunyai strategi yang penting dan signifikan, dan percaya bahawa kemunculan sebuah kesatuan Islam yang kuat adalah berbahaya. Oleh itu, kehadiran Israel di kawasan tersebut semakin kerap sejak permulaan tahun 1990an. Para pemimpin Israel telah menimbulkan persoalan kerana lawatan-lawatan yang diadakan di republik-republik itu, terutama sekali Uzbekistan, dan beberapa orang pemimpin negara-negara itu menunjuk-nunjuk dengan Israel. Israel menjadi semakin rapat dengan republik-republik itu, dan menunjukkan ia adalah kawan dengan mengadakan “kerjasama pertanian,” “latihan militari” dan “bantuan teknologi.” Pemerintahan Karimov di Uzbekistan amat rapat dengan Rusia dan Israel. Dalam liga yang dibentuk dengan dua kuasa terbabit, bermulalah kempen-kempen anti-Islam yang baru-baru ini semakin menjadi-jadi. Laporan-laporan akhbar di atas telah membuktikan betapa eratnya hubungan yang terjalin.
Contoh terbaik ialah para pesuruh Allah telah diutuskan kepada seluruh manusia sepanjang sejarah dunia. Allah mewahyukan ayat-ayat-Nya tentang bagaimana mereka mengingatkan manusia supaya menyembah Allah dan hidup berdasarkan ajaran-Nya:
Wahai kaumku, aku tidak meminta upah darimu bagi seruan yang aku lakukan. Upahku tidak lain hanya dari Allah yang telah menciptakanku. Maka apakah kamu tidak berfikir? (Huud, 11:51)


Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang nama Allah dari disebut di dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya, kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat. (Al-Baqarah, 2:114)


PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI




UMAT ISLAM CUBA HIDUP BERLANDASKAN AGAMA
Dalam bab-bab yang lepas, kita hanya meninjau keadaan negara-negara yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti, dan telah menganalisis penderitaan yang dikenakan ke atas mereka oleh kuasa-kuasa penakluk atau pun sistem pentadbiran yang bersifat menindas. Namun, banyak juga negara-negara di dunia ini yang memiliki penduduk Islam yang sedikit. Ber­juta-juta umat Islam sedang turut menderita di negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand.
Kekejaman yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem­bolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk me­neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup ber­landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk meng­asimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.
Bab ini akan menghuraikan penderitaan-penderitaan yang dikenakan ke atas mereka, dan akan berusaha untuk mereka yang sedang menjerit meminta bantuan.

MYANMAR, PENDUDUK YANG BERHADAPAN DENGAN KEZALIMAN PENGANUT BUDDA
Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) mempunyai rakyat seramai 48 juta orang, 15 peratus daripadanya beragama Islam. Bakinya kebanyakan beragama Budda. Umat Islam tinggal di kawasan Arakan yang terletak di negara tersebut.
Arakan merupakan sebuah kawasan yang paling kaya dari segi simpanan minyak dan gas asli, dan penduduknya telah memeluk Islam melalui pedagang-pedagang Arab. Perubahan ke arah Islam me­mun­cak dengan penubuhan ke­rajaan Islam pada tahun 1430. Negara ini telah bertahan selama 350 tahun, sehinggalah penganut Budda me­namatkannya dengan menakluki Arakan.
Serta-merta selepas umat Islam kehilangan kuasa politiknya pada tahun 1783, penganut Budda Burma telah memulakan polisi menindas dan malah secara fizikal cuba meng­hapuskan umat Islam. Negara ini kemudian dikoloni oleh British sehingga akhir abad ke-19.
Kempen anti-Islam yang di­lancarkan oleh penganut Budda semakin rancak pada abad ke-20, dan terjadilah peristiwa pem­bunuhan beramai-ramai di Arakan pada tahun 1942 yang meng­akibatkan kematian kira-kira 100,000 umat Islam. Beratus-ratus ribu yang lain pula sama ada lumpuh atau dihalau dari tanah mereka sendiri.
Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948 dengan berakhirnya pemerintahan British. Namun, pemerintah yang baru telah menjadikan kehidupan umat Islam lebih huru-hara. Jeneral komunis Ne Win, yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1948, telah menggerakkan kesemua pasukan bagi menghapuskan seluruh umat Islam. "Program Parti Sosialis Burma" telah menggunakan segala macam cara untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka.
Ini bermakna umat Islam telah kehilangan semua hak-hak politik. Semua kemudahan pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat yang serupa telah ditutup. Masjid-masjid telah ditukar menjadi pusat hiburan ataupun kuil Budda. Mengerjakan haji, berkorban di bulan Haji, solat berjemaah dan segala macam bentuk ibadah yang lain telah diharamkan. Kesan daripada tekanan-tekanan yang dilakukan, sesetengah rakyat yang beragama Islam lari meninggalkan negara itu. Walaupun berlakunya per­pindahan, majoriti rakyat di Arakan masih beragama Islam. Jeneral Ne Win dengan itu meningkatkan lagi tekanan, dan melakukan tangkapan-tangkapan yang tidak sah dan seterusnya mendera mereka. Akibatnya, lebih sejuta umat Islam dipaksa meninggalkan Burma. Untuk menyembunyikan kebuasan yang dilakukan, kerajaan Burma enggan membenarkan kemasukan wartawan asing dan juga pelancong selama bertahun-tahun.
Rejim militari di Myanmar memulakan perang besar-besaran ke atas umat Islam, terutama ke atas masjid-masjid, para imam dan orang-orang soleh. Para pelajar Islam juga dipaksa menerima ajaran Buddha di Arakan. Wanita-wanita Islam dibawa ke kem-kem, dengan alasan untuk memberi “latihan profesional,” dan kemudian dirogol. Sesiapa yang didapati hamil akan dipaksa mengahwini mana-mana ahli pasukan keselamatan Buddha. Perkampungan dimusnahkan, rumah ditukar menjadi stesen polis, dan mereka yang kehilangan rumah berhadapan dengan kelaparan dan kemiskinan.
Berdasarkan kepada laporan pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa, kira-kira 20,000 umat Islam Arakan telah dibunuh oleh rejim penindas ini di antara tahun 1962 sehingga 1984. Beratus-ratus wanita diperkosa dan semua harta benda milik umat Islam telah dirampas. Komunikasi dalam negeri telah digunakan untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah terhadap Islam. Pada 1978, kerosakan yang dilakukan oleh askar memaksa lebih 200,000 umat Islam melarikan diri ke Bangladesh dalam keadaan yang sangat memayahkan. Mereka kembali di bawah perlindungan PBB pada 1979.60

Untuk menggambarkan Arakan sebagai sebuah wilayah Buddha, kerajaan Ne Win telah memulakan operasi pelarian di bawah nama “Naga Raja.” Rakyat yang tinggal di perkampungan-perkampungan kecil dipaksa berpindah ke kem-kem. Kampung-kampung dan masjid-masjid dimusnahkan, ramai yang dibunuh, dirogol, ditangkap dan didera. Pada tahun 1978, seramai 200,000 umat Islam meninggalkan Arakan dan melarikan diri ke Bangladesh. Namun kem-kem pelarian di negara itu hanya memberikan sebuah kemiskinan, kelaparan dan penyakit. Gambar-gambar ini sudah cukup untuk memeberikan idea tentang keadaan mereka yang berada di kem pelarian Rohingya.
Selepas perletakan jawatan Ne Win pada tahun 1988, pelbagai pentadbiran awam dan militari telah silih berganti, dan lebih dari 3,000 orang telah dibunuh dalam satu kebangkitan yang tercetus ketika itu. Pada 1992, kira-kira 700 orang umat Islam minoriti yang tinggal di sempadan Bangladesh telah dihapuskan. Lebih dari 1,000 orang menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 1994.
Kes wanita Islam yang dirogol dan didera di Myanmar masih terdapat dalam laporan hak-hak asasi manusia setiap tahun. Namun disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, Barat masih terus membisu.
DIMENSI-DIMENSI KEKEJAMAN
KEDIAMAN YANG MUSNAH
10-15,000
BERPINDAH
SEKITAR 2 JUTA
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI
200,000
ROGOL
20,000
BUNUH
20,000
TAHANAN
40,000
MASJID DIBAKAR DAN DIMUSNAHKAN
5,000
HILANG
50,000
MENGANGGUR ATAU TIADA TEMPAT BERGANTUNG
1 JUTA
Salah satu masalah paling berat yang sedang dihadapi oleh umat Islam yang tidak bersenjata di Myanmar ialah mereka tidak berupaya untuk berkomunikasi dengan dunia luar untuk memberitahu apa yang sedang terjadi ke atas diri mereka. Ini kerana kerajaannya menghalang seseorang dari memasuki negara itu dengan jalan darat, dan walaupun seseorang boleh memasukinya dengan jalan udara, namun banyak kawasan yang ditutup kepada orang asing. Adalah sesuatu yang sukar untuk mengetahui perkara-perkara yang dikenakan ke atas umat Islam Myanmar.
Satu lagi layanan buruk yang dikenakan berlaku pada tahun 1990-an, yang mana ketika itu kira-kira 200,000 orang lagi terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.61 Para pelarian yang lari dari penindasan Myanmar kemudian mendapati mereka sedang berhadapan dengan sebuah drama kemanusiaan yang menakutkan. Bangladesh merupakan sebuah negara Islam yang miskin, dan ia tidak mampu memberikan makanan dan tempat perlindungan kepada pelarian dari Myanmar, walaupun ia membenarkan kemasukan mereka.
Di sebalik kemiskinan teruk di kem-kem pelarian Rohingya (bawah), penganut Budda di Myanmar menikmati kehidupan yang mewah.

Semua umat Islam mesti menghayati tangisan dan jeritan meminta tolong dari Myanmar dan juga Bangladesh. Di dalam al-Quran, Allah mengarahkan manusia supaya membantu orang-orang miskin, mereka yang dihalau dari rumah dan juga mereka yang memerlukan. Ia menjadi satu tugas bagi setiap umat Islam untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada mereka yang dihalau, sedia berkorban untuk membantu mereka, dan memberikan sokongan serta menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka. Contoh-contoh tersebut telah diberitahu di dalam al-Quran, yang telah mem­berikan contoh terbaik yang patut diikuti oleh umat Islam terhadap mereka yang diusir dari tempat tinggal masing-masing:
Bagi para fakir yang ber­hijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka, (kerana) men­cari kurnia Allah dan keredaan-Nya, dan me­reka menolong Allah dan rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hasyr, 59:8)
Dan orang-orang yang telah berada di kota Madinah dan telah ber­iman (iaitu orang-orang Ansar) sebelum (ke­datangan) mereka (iaitu orang-orang Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka, dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-Hasyr, 59:9)
Seperti yang telah diwahyukan di dalam Al-Quran, orang-orang mukmin adalah mereka yang menghulurkan tangan persaudaraan kepada seseorang yang mereka cintai. Apabila sikap yang tersangat mulia ini dapat diamalkan di seluruh dunia, maka sudah pastilah masalah kemiskinan dan juga masalah-masalah lain yang sedang dihadapi oleh para pelarian akan dapat diatasi.

FILIPINA, UMAT ISLAM BANGSA MORO DAN SI KANIBAL MARCOS
Ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa Fili­pina mempunyai jumlah penduduk Islam yang agak ramai, dan mereka sedang bergelut dengan pe­nin­dasan, penderaan dan polisi tidak ber­peri­ke­manusiaan selama ber­tahun-tahun. Namun umat Islam di Filipina telah dibunuh dengan kejam, dan mereka sedang menanti bantuan dari umat Islam di seluruh dunia bagi membolehkan mereka terus hidup.
Kira-kira 90 peratus daripada populasi Filipina adalah Katolik, walaupun situasi se­be­narnya begitu berbeza se­kali di bahagian selatan pulau, yang mana popu­lasinya adalah 70 peratus Katolik dan 30 peratus Islam. Umat Islam terdiri dari bangsa Moro di Min­danao dan juga umat Islam yang tinggal di Sulu. Kira-kira 97 peratus dari­pada penduduk Sulu ber­agama Islam.
Punca konflik di Fili­pina bermula pada tahun 1946, apabila negara ini mendapat kemerdekaan selepas Amerika meme­rintah selama bertahun-tahun. Tidak seperti umat Islam di Mindanao dan Sulu, kebanyakkan masya­rakat Kristian di Filipina tidak memberikan sebarang tentangan terhadap kolonialis Amerika dan menerima gabenor yang mentadbir kehidupan mereka. Amerika telah mendidik para pemimpin Filipina bagi membentuk sebuah pentadbiran yang pro-Amerika. Apabila Amerika berundur, ia telah meninggalkan kuasanya di bawah tangan Filipina, dan menerima Mindanao dan Sulu sebagai sebahagian daripada Filipina. Jadi, umat Islam di situ berada di bawah undang-undang Filipina.
Filipina telah mengenakan polisi-polisi yang mampu mengu­kuhkan lagi kekuasaannya, dan secara khususnya telah mengambil tanah umat Islam Moro. Undang-undang baru telah membolehkan Filipina merampas 24 hektar tanah, tetapi ia telah dihadkan kepada 10 hektar bagi kes Moro. Kesannya, berlakulah perpindahan rakyat Filipina ke kawasan yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti. Pada dekad di antara 1966 dan 1976, 3.5 juta pendatang rakyat Filipina tinggal di kawasan tanah umat Islam.
Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Datu Udtog Matalam telah menubuhkan "Pergerakan Kemerdekaan Muslim" (MIM), yang bertujuan untuk mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos. Namun demikian, ia gagal mendapat sokongan, dan tidak lama kemudian hilang begitu sahaja. Kerajaan pusat tidak menimbangkan langsung perkembangan itu, sebaliknya melihat ia sebagai satu peluang untuk meningkatkan lagi polisi-polisi anti-Moro. Pada masa yang sama, Marcos mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Pasukan Bersenjata Filipina. Tidak lama selepas itu, beliau mengumumkan undang-undang tentera, dengan ber­justifikasi bahawa ia bertujuan untuk menghapuskan pergerakan komunis dan penentang Islam di negara itu. Beliau kemudian menggantung Perlembagaan, dan akhirnya menjadi seorang diktator yang memerintah keseluruhan negara.
Sejak waktu itu, Marcos telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam, yang telah memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan. Kira-kira 50,000 orang Islam telah dibunuh dengan kejam, kemungkinan termasuk 10,000 orang wanita dan kanak-kanak. Kumpulan penentang Islam bagi menjatuhkan Marcos telah dikelolakan oleh anak-anak muda yang mendapat latihan di Timur Tengah pada tahun 1960-an. Kemunculan secara tiba-tiba dan menyeluruh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari telah menumbangkan rejim Marcos. Berlaku pertempuran berdarah di antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF.



Sejarah umat Islam Moro di Filipina dipenuhi dengan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai. Sewaktu rejim Marcos berkuasa, kampung-kampung dibakar, masjid-masjid yang terdapat orang di dalamnya dibom, dan rogol beramai-ramai dilakukan. Malah sehingga kini serangan dan penderaan masih diteruskan, dan konflik telah berlaku selama bertahun-tahun. Apa yang umat Islam Moro mahukan cuma kedamaian dan keselamatan, dan sebuah negara yang bebas yang mana mereka dapat hidup dengan agama yang dianuti.


Marcos telah menubuhkan unit-unit pengganas yang dilatih khas bagi menamatkan sokongan terhadap puak penentang dalam negaranya, terutama sekali MNLF. Kumpulan-kumpulan ini, paling kejam dipanggil Ilaga, telah melakukan tindakan-tindakan yang sangat mengerikan. Majalah berbahasa Turki Nokta telah menceritakan tentang perihal mereka di dalam sebuah artikel yang bertajuk "Kanibal Marcos":
Encik Kassam telah dihentak. Beberapa cebisan-cebisan otak terkeluar dari tengkoraknya. Lelaki bersenjata yang lain berebut-rebut untuk mendapatkan cebisan-cebisan tersebut. Ahli-ahli kumpulan Ilaga berpendapat bahawa meminum darah dan memakan daging musuh mampu membuatkan mereka kebal. Satu kekebalan yang dahsyat!... Ahli kumpulan Ilaga, yang ditubuhkan pada tahun 1970-an sewaktu kebangkitan Islam, telah mendera beribu-ribu umat Islam sehingga mati. Mereka percaya bahawa mereka mendapat kuasa yang sangat luar biasa dengan meminum darah dan memakan daging manusia yang telah mereka bunuh... Mereka akan menyerang kampung-kampung dan membunuh penduduk dengan kejam. Serangan-serangan itu kemudiannya berubah menjadi rampasan dan rompakan. Sebuah botol yang dipenuhi dengan telinga manusia telah ditemui di sebuah perkampungan Mindanao baru-baru ini, para pemiliknya masih belum lagi dikenal pasti.63
Perkampungan-perkampungan Islam telah dibakar sewaktu serangan tersebut, dan harta benda milik bangsa Moro dirompak. Namun hanya sedikit yang berubah apabila Marcos ditumbangkan dalam satu pemberontakan pada tahun 1986. Penggantinya, Corazon Aquino bercadang untuk menceroboh dan menghapuskan umat Islam dengan cara yang lain. Sewaktu pemerintahan Aquino, operasi ketenteraan dan pemberontakan telah diperkuatkan dan kerajaan secara terbuka mengisytiharkan peperangan menentang pergerakan-pergerakan Islam. "Polisi perang total" telah dilakukan oleh Presiden Aquino, yang mengakibatkan penyingkiran lebih sejuta rakyat Filipina. Bangunan-bangunan sekolah dan gereja digunakan sebagai tempat berlindung keluarga-keluarga yang melarikan diri.64
Penentangan ke atas umat Islam diteruskan selepas Aquino. Perhubungan kemudian menjadi baik buat beberapa ketika, sebelum ia menjadi tegang semula apabila masjid-masjid dibom pada tahun 1994. Di sebaliknya, hakikat bahawa sebuah pertubuhan radikal dan prokeganasan yang menindas asas-asas Islam pada masa yang sama telah memburukkan lagi keadaan. Penyelesaian terhadap masalah di Filipina hanya dapat ditemui sekiranya Manila meninggalkan polisi-polisi lapuknya yang bersifat menindas. Manila juga mesti mengiktiraf hak-hak umat Islam di bahagian selatan, dan jika pergerakan-pergerakan teroris yang muncul dengan mendakwa mereka mewakili umat Islam tetapi sebenarnya hanya membawa kerosakan, dapat dihentikan dari terus berleluasa.
KEMBOJA, KEBENCIAN TERHADAP ISLAM SELAMA BERTAHUN-TAHUN
Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin di Asia, yang berada di antara India dan China, di sebuah kawasan yang dipanggil Indochina. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada pertanian untuk meneruskan kehidupan. Elemen paling penting dalam pertanian ini ialah tanaman padi beras yang banyak terdapat di negara itu.
Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Terdapat ramai juga minoriti Cina dan Budda di situ. Umat Islam juga membentuk sebuah minoriti yang lain.




Umat Islam di Kemboja dilarang hidup berlandaskan agama, menggunakan abjad Arab, ataupun menunaikan solat. Sesiapa yang melanggar larangan-larangan tersebut akan dihukum dan dibelasah teruk. Rakyat menjadi semakin miskin: Harta benda peribadi telah dirampas oleh kerajaan dan hak-hak mereka dicabuli. Mereka mati akal untuk menentang penindasan kerajaan. Satu-satunya cara yang mereka ada ialah melarikan diri. Gambar ini menunjukkan umat Islam yang lari dari penindasan di bawah keadaan yang amat susah.
Islam datang ke Kemboja melalui jalan laut, dibawa oleh pedagang dan pelayar Islam. Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan dan kebangkitan. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1975, masih terdapat kira-kira 75 buah masjid yang bersejarah di negara ini.
Kita sudah pun meng­kaji kebencian komunisme terhadap agama dan pem­bunuhan kejam yang di­lakukan oleh komunis ke atas tanah penduduk Islam. Contohnya, rejim Maoist Khmer Rouge ada­lah rejim yang tersangat kejam di Kemboja. Ia men­dapat kuasa melalui so­ko­ngan orang-orang Cina. Sewaktu rejim ini ber­kuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri.
Khmer Rouge adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhir­nya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selepas menawan negara itu, mereka telah menu­buh­kan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem peme­rintahan yang memiliki sebuah parti politik sa­haja), yang mana ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Rejim Khmer Rouge me­mutuskan tugas utama komunis adalah untuk bekerja bermatia-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar - ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual - telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.
Berehat sebentar semasa waktu berkerja, memakan hasil tuaian tanpa kebenaran walau sebahagian kecil sahaja, ataupun meng­amalkan sebarang bentuk agama dianggap sebagai "aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan," dan dengan itu pembunuhan pun bermula. Di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah "padang pembunuhan." Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.
Seperti disemua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisy­tiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat, dan rejim terbabit telah melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti. Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi.
The Black Book of Communism telah menggambarkan kebuasan yang dilakukan oleh rejim Khmer Rouge ke atas umat Islam Cham:
Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan. 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang berjaya hidup. Tidak seperti rakyat Kemboja yang lain, bangsa Cham sering memberontak, dan ramai di antara mereka yang mati dalam pembunuhan beramai-ramai dan serangan balas yang tercetus berikutan kebangkitan tersebut. Selepas pertengahan tahun 1978, rejim Khmer Rouge memulakan proses penghapusan sistematik ke atas masyarakat Cham, termasuklah wanita dan kanak-kanak... Ben Kiernan mengira bahawa kadar keseluruhan kematian di kalangan Cham ialah 50 peratus.65
Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa.
Sehingga hari ini sekali pun, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Islam atau untuk berkomunikasi dengan rakyat Kemboja di negara-negara lain. Ibadah secara berjemaah diharamkan. Vietnam turut memusnahkan semua artifak-artifak bersejarah yang mereka temui. Ketika ini terdapat hanya 20 buah masjid kecil yang masih berdiri di Kemboja.
Hari ini, berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh. Seperti juga Chechnya dan Turkestan Timur, peristiwa di Kemboja telah mendedahkan kepada dunia wajah sebenar kezaliman komunis.

TANZANIA: TEKANAN TIDAK DAPAT MENGHENTIKAN KEBANGKITAN KESEDARAN ISLAM
Umat Islam tiba di Tanzania yang terletak tengah-tenggara Afrika melalui sub-benua India. Kesan daripada aktiviti-aktiviti dakwah, masyarakat tempatannya telah meninggalkan gaya hidup kafir dan lalu memeluk agama Islam. Agama Islam dianuti oleh kira-kira 120 buah suku kaum di Tanzania.
Walaupun lebih separuh daripada masyarakatnya beragama Islam (dalam 55 peratus), umat Islam masih dilayan seperti puak minoriti. Masyarakat Kristian yang men­jadi minoriti memegang tampuk pemerintahan. Umat Islam me­wakili lebih dari separuh po­pulasi Tanzania, namun negara ini masih digambarkan sebagai separuh Kristian dan separuh "agama tempatan." 9 juta umat Islam sedang berhadapan dengan polisi sistematik Kritianisasi. Para pelajar sekolah menengah yang gagal mengamalkan ajaran Kristian akan disingkirkan. Dengan cara yang sama, badan-badan dan pertubuhan-per­tubuhan Islam adalah di­larang, begitu juga dengan penyebaran Islam. Kerajaan juga turut meng­haramkan bahasa Arab dan me­nunaikan haji. Walaupun kera­jaan Tan­zania melakukan polisi-polisi sedemikian, jumlah umat Islam di sana terus meningkat setiap hari.
Salah satu daripada polisi kerajaan yang bermatlamat untuk mengkristiankan masya­rakat adalah dengan me­nu­buhkan sistem kepercayaan Islam/Kristian di bawah nama Pergerakan Pembaharuan Islam. Rakyat adalah alat, dan sebagai sebahagian daripada polisi ini, mereka diberitahu supaya tidak perlu mengamalkan asas-asas Islam dengan begitu banyak. Mereka yang menentang ke­percayaan yang mengelirukan ini akan dipenjara, atau dibunuh, atau dihalau keluar dari negara.

SRI LANKA, TERORISME YANG DITUJUKAN TERHADAP UMAT ISLAM
Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi yang memiliki umat Islam seramai kira-kira 2.6 juta orang. Pihak gerila Tamil yang melancarkan peperangan menentang pemerintahan kadang-kala turut menyerang perkampungan Islam dan membunuh penduduk yang tidak bersalah. Dalam satu pembunuhan beramai-ramai terbaru yang berlaku di perkampungan Mawanella, ia telah dimusnahkan sama sekali pada 3 Mei 2001. Umat Islam Sri Lanka telah membina sebuah laman web bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan di dalamnya mereka cuba menggambarkan penderitaan yang sedang mereka alami seperti berikut:
...Kami umat Islam, secara asas­nya, adalah sebuah masyarakat yang menjalankan aktiviti per­niagaan dan perdagangan, de­ngan per­kembangan terkini kami menceburkan diri dalam pelbagai lapangan profesional. Sumbangan kami terhadap pem­bangunan dan perkembangan Sri Lanka adalah sentiasa po­sitif dan kami semenjak dahulu lagi telah membentuk pehubungan yang mesra dan rapat dengan semua komuniti yang tinggal bersama-sama kami.
Isu kumpulan pemisah Hari­mau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawa­san-kawasan yang terjejas di ba­hagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat Sin­halese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam, menyerang perniagaan kami, masjid-masjid dan juga kehidupan peribadi kami


Rejim Kristian di Tanzania melakukan kezaliman melampau bagi menentang masyarakat Islam majoriti. Satu-satunya sebab terjadinya pergaduhan seperti yang ditunjukkan adalah kerana mereka beragama Islam. Beberapa orang telah diserang polis kerana mereka memiliki Al-Quran di dalam kereta ataupun kerana melakukan solat berjemaah. Orang muda yang mahu mempelajari agama telah dihalang. Menyebarkan Islam, mempelajari bahasa Arab dan pergi menunaikan Haji adalah diharamkan di Tanzania, walaupun jumlah umat Islam di sana semakin bertambah setiap hari.
Kami adalah masyarakat minoriti yang mencari kehidupan dan mahukan kewujudan keamanan dalam setiap lapisan masyarakat, memastikan kami dibenarkan untuk hidup dengan agama kami dan mengekalkan pendirian sosial yang sudah dilakukan sejak dahulu lagi... Kami bukannya sebuah masyarakat yang sukakan perpecahan dan keganasan seperti Tamil. Kami tidak suka menentang dan menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat-masyarakat yang lain... Apa yang kami cari ialah kehidupan penuh sopan supaya kami dapat hidup aman dan selesa, meneruskan penyembahan kami terhadap Yang Maha Besar, menjalankan perniagaan dan profesion kami, dan mendidik serta membesarkan anak kami dengan cara yang mulia.66
Petikan di atas adalah bersumberkan kesedaran umat Islam Sri Lanka. Namun selama bertahun-tahun mereka masih gagal mencapai keamanan dan keselamatan yang dicari-cari. Dalam serangan terbaru sebagai contoh, kumpulan yang bersifat perkauman Budda Sri Lanka telah mengumpulkan al-Quran dan buku-buku Islam lain, termasuklah koleksi yang sukar dicari, teks yang berabad-abad lamanya, dan membakar kesemuanya di hadapan sebuah masjid. Dua buah masjid telah dibakar hangus dan lebih dari 90 peratus bangunan milik umat Islam telah dimusnahkan.
Umat Islam Sri Lanka sering diserang, didera dan dirompak setiap hari. Di dalam laman web yang mereka bina bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, mereka mengatakan apa yang mereka mahu ialah kebebasan untuk hidup berlandaskan agama, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan beriman, dan juga sebuah kehidupan yang aman dan selamat. Namun demikian, siri-siri serangan semakin menjadi perkara rutin dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Ali Sahir Moulana, seorang ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam memberitahu bahawa 3 buah masjid, 60 buah rumah, 80 buah kedai dan 2 stesen minyak milik umat Islam telah dibakar oleh kumpulan perusuh. Beliau turut mendakwa bahawa serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan untuk memusnahkan ekonomi umat Islam di Mawanella.

PATTANI, KEZALIMAN YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN YANG DILAKUKAN KE ATAS UMAT ISLAM THAILAND
Kawasan pergunungan dan perhutanan Pattani adalah yang terkaya di Thailand, dan ia menjadi sumber 35 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Namun demikian, umat Islam Patani, yang mem­bentuk kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan populasi seramai 55 juta orang, sedang ditekan dan ditindas sejak 200 tahun, dan kini sedang berhadapan dengan polisi genocide.
Penderitaan umat Islam Pattani yang pertama bermula pada tahun 1782 apabila Dinasti Rama mula berkuasa di Pattani. Dinasti ini memindahkan ibu negaranya ke Bangkok dan seterusnya mewujudkan sebuah sistem pentadbiran moden. Pada waktu itu, pergaduhan berlaku di antara umat Islam Pattani dan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai orang-orang Siam, dan ia berlarutan selama beberapa hari. Banyak bandar-bandar Pattani yang habis dibakar, ibu pejabat militarinya dimusnahkan, dan kira-kira 4,000 orang umat Islam Pattani dipenjarakan oleh Siam sepanjang tempoh berlakunya pergaduhan itu.
Siam dengan kejam mendera mereka yang dipenjarakan, membawa mereka ke Bangkok dengan mengikat di antara satu sama lain dengan tali yang yang dikenakan pada telinga dan kaki mereka dengan menggunakan jarum, dan memaksa mereka bekerja mengorek terowong tanpa diberikan sebarang peralatan dan perkakasan.67 Sultan Pattani turut dibunuh dengan kejam oleh Siam. Thailand telah terbahagi kepada 7 kawasan selepas peperangan, dan Pattani dipaksa membayar cukai, dan berada selama 70 tahun yang berikutnya di bawah kawalan Siam. Umat Islam Pattani mendakwa bahawa mereka bukannya berbangsa Siam, dan mereka juga bukannya berbangsa Thailand, tetapi lebih kepada Indonesia dan Malaysia. Sebenarnya, mereka menggunakan Bahasa Melayu, iaitu bahasa umat Islam Malaysia. Walaupun bahasa tersebut telah ditulis dalam huruf Arab selama beratus-ratus tahun, mereka telah dipaksa untuk meng­gunakan huruf Roman oleh kerajaan Thailand.
Pada tahun 1909, Siam menganugerahkan kepada Pattani sesuatu yang konon­nya dipanggil kemerdekaan, walaupun polisi menindas kerajaan Thailand tidak ber­ubah sama sekali. Umat Islam Pattani bangkit bagi menuntut kemerdekaan se­benar selama berkali-kali, tetapi pasti dikalahkan de­ngan kejam sekali, lalu me­nyebabkan mereka ber­hijrah beramai-ramai ke Malaysia.
Lebih dari 36,000 umat Islam telah dibunuh setakat ini dalam pembunuhan di Patani. Jumlah mereka yang cedera dan cacat adalah jauh lebih tinggi. Umat Islam Patani masih berjuang bagi mempertahankan identiti keIslaman mereka.
Para pemerintah Thai terus menjalankan polisi mene­kan dan asimilasi yang bertujuan untuk me­ma­dam­kan identiti Islam Pattani. Tindakan yang pertama ber­laku pada tahun 1932, apabila pertubuhan-pertubuhan pendidikan Islam telah di­haramkan dari menjalankan sebarang kegiatan. Polisi penghapusan yang lebih besar telah dimulakan pada tahun 1944, dan mengakibatkan umat Islam Pattani dan ahli keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh para penganut Budda. Pengamalan rukun-rukun Islam dilarang sama sekali, dan ajaran Budda mula disebarkan kepada masyarakat. Ajaran Buddhisme menjadi wajib di sekolah-sekolah, dan para pelajar Islam dipaksa mengamalkan ajaran-ajaran Budda.
Selama bertahun-tahun, para pemerintah Thailand telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Pattani. Pada tahun 1944, 125 buah keluarga Islam yang tinggal di Belukar Samak telah dibakar hidup-hidup. Polisi-polisi asimilasi yang dilaksanakan oleh Thailand dapat dilihat dan dirasai dalam setiap aspek kehidupan. Banyak menara-menara yang diruntuhkan di Pattani.
Sebagai sebahagian daripada polisi asimilasi ini, keseimbangan demografi di kawasan Pattani turut diubah apabila orang-orang Budda digalakkan supaya berpindah ke sana. Patung Budda terbesar di Thailand telah ditegakkan di Pattani, dan umat Islam dipaksa supaya menyembahnya. Sesiapa yang enggan telah dibunuh atau dicampakkan ke Kota River.
Pada masa yang sama, tempat perlindungan pejuang kebebasan Pattani telah diruntuhkan oleh kerajaan Thailand dan beratus-ratus rakyat Pattani yang tidak bersalah telah didera. Para ulama Islam yang terkenal telah mati di bawah keadaan yang sangat mencurigakan di pusat-pusat kesihatan milik kerajaan Thailand. Pembunuhan dan kehilangan yang tidak berkesudahan sudah menjadi darah daging kehidupan.
Perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan oleh umat Islam Pattani, yang sedang mengalami penderitaan, bermula selepas Perang Dunia II dan berterusan sehingga ke hari ini.

Dipetik dari Harun Yahya, Bhgn Kebangkitan Islam

Umat Islam yang berada di Bosnia - Hezergovina
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA
Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan
Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata te ntang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian ber­pindah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya ber­sebelahan sahaja dengan negara-negara Eropah.
Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke­pe­ra­wa­nannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.
Memusnahkan Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahu­lu kita mesti mema­hami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa se­telah pembubaran Per­seku­tuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang me­miliki ramai umat Islam yang cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.
Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai “penerus Empayar Turki Uthmaniyyah.” Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.
Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian barat laut Pristina dan akhirnya meng­hembuskan nafasnya yang terakhir setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan.
Ketakutan Terhadap “Albania yang Lebih Hebat” dan Kosovo
Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara. Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru rantau tersebut dilukis?
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi mereka laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk.
(Al-Mu’min, 40:51-52)
Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Prospek penubuhan negeri “Albania yang Lebih Hebat”, yang terdiri dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak meng­untungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, “Albania yang Lebih Hebat” akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.
Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95 peratus dari keseluruhan populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga kira-kira 35% populasi Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000 orang Albania pula tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan Kosovo turut memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.
Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk “Albania yang Lebih Hebat” di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.
1 juta atau lebih umat Islam Kosovo yang lari dari penindasan Serbia terpaksa berhadapan dengan kesejukan, kelaparan, kehausan dan penyakit. Berpuluh-puluh ribu kehilangan nyawa, dan banyak lagi yang telah hilang.
Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa ketakutan ini timbul lebih disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor etnik. Seperti juga Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam yang dilihat sebagai “tidak diperlukan.”
Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah b
angsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.
Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.
Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa “Albania yang Lebih Hebat” dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi ganas yang anti-Islam.
Pemandangan seperti ini adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian di Balkan.
Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men”Serbia”kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989, autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka. Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang Albania Kosovo
Gambar-gambar yang menunjukkan apa yang sedang berlaku di Kosovo telah dipampang di dada-dada akhbar, namun dunia masih berdiam diri. Pengkebumian beramai-ramai, rumah-rumah dibakar, dan bayi-bayi dibunuh di dalam buaian tidak membawa apa-apa kesan bagi kebanyakan manusia.
Bosnia: Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia
Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang mempunyai hubungan dengan mazhab Kristian yang dipanggil “Bogomils” dan tinggal di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri. Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah Semenanjung Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiyaan dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan terhadap umat Islam pun bermula.
Serb terus melakukan rompakan dan pembunuhan walaupun mereka berundur dari Kosovo. Satu juta umat Islam Kosovo yang melarikan diri hidup dalam keadaan yang sengsara.
Selepas Perang Dunia I, “Kerajaan Serbia, Crotia dan Slovenia” telah ditubuhkan, dengan itu telah mengumpulkan kesemua komuniti Slavs di kawasan tersebut. Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian daripada kerajaan tersebut. Pada 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang Dunia II, umat Islam Bosnia telah dicuri harta-benda mereka dan diawasi dengan begitu teliti sekali.
Semasa Perang Dunia II, kawasan tersebut telah dijajah oleh Jerman. Tahun peperangan tersebut telah menyaksikan kira-kira 100,000 umat Islam yang terkorban dalam siri-siri serangan di bandar-bandar dan perkampungan Bosnia. Serangan-serangan tersebut dilakukan oleh pejuang-pejuang ultra-nasionalis (Chetniks). Pihak komunis telah memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap Nazi, dan apabila perang tamat mereka mula mengambil-alih hal-ehwal pengurusan negara tersebut. Polisi penindasan terhadap umat Islam bangkit semula apabila komunis mula berkuasa. Yayasan-yayasan Islam diambil-alih, masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama dirampas, dan kempen intensif tentang propaganda ateis begitu rancak dijalankan. Kesannya, satu bahagian daripada populasi umat Islam telah dipaksa berpindah ke Turki dan negara-negara Ero­pah lain.
Apabila Perjanjian Perang Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herze­govina mengisytiharkan ke­merdekaannya. Walau bagai­manapun, Serb telah menawan negara tersebut dan men­jalan­kan penyembelihan selama tiga tahun. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun itu tidak kurang dari 200,000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka. 50,000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh-puluh ribu daripada mereka telah lumpuh.
Sewaktu Perang Bosnia, jalanan menjadi tanah perkuburan. Perkuburan beramai-ramai yang digali satu demi satu selepas perang memberikan gambaran jelas tentang dimensi genocide yang berlaku. (Gambar kanan) Sebuah perkuburan beramai-ramai yang dijumpai di Srebenica pada tahun 1996.
Beberapa kes penyeksaan di sana yang dilaporkan oleh umat Islam kepada Kenyataan Tribunal Jenayah Perang Antara­bangsa PBB dengan jelas menunjukkan tahap peng­­aniyaan yang telah di­laku­kan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.
Badan kaku yang mati akibat dibunuh dibiarkan begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ada di antara mereka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang dibiarkan ditempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.
Besic telah menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya kepada Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Hague, yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah-jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat para suspek. Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan dan dialami olehnya hanyalah beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.
Penyembelihan dan pembersihan etnik yang begitu lama di Bosnia mungkin sudah semakin sampai ke penghujungnya. Namun ia telah meninggalkan satu tragedi kemanusiaan yang sungguh mengerikan. Serb mengajukan ancaman-ancamannya, dan bertindak-balas terhadap kebangkitan Islam di Bosnia dengan kekejaman yang begitu dahsyat, yang dijalankan di hadapan mata penduduk dunia.
Harapan kami ialah rakyat Bosnia, yang dikenakan genocide kejam hanya kerana mereka beragama Islam, akan mendapat sokongan secara aktif dan praktikal dari mereka yang berkesedaran di segenap lapisan masyarakat, terutama sekali dari dunia Islam untuk membantu mereka memulihkan keadaan.
Dipetik dan ditulis oleh peribadirasulullah