Alert

Tentang Kami

PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)

Latar Belakang
PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)

Persatuan Belia Sri Al Ain (BERSAMA) adalah sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar sejak tahun 1995 dengan nombor pendaftaran; 1347. Tujuan utama BERSAMA ini ditubuhkan ialah untuk menjalankan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan insan di dalam dan luar negara.

Antara aktiviti utama BERSAMA adalah seperti mencari sumbangan untuk membiayai anak-anak yatim di Aceh, mengumpul dana untuk membiayai masjid di Kemboja, mencari peserta untuk program korban/akikah / untuk negara negara yang dilanda kemiskinan seperti Bangladesh, Moro di Filipina dan mengadakan program lawatan ke Aceh dalam misi untuk melihat bekas bekas bencana alam. Selain itu, BERSAMA juga memberi sumbangan dalam Negara berupa bantuan pendidikan untuk pribumi di Malaysia dan pelbagai kursus/ kem kanak-kanak, remaja serta belia.

Antara khidmat yang diberikan dalam Persatuan ini adalah:
1.Bantuan Misi Kemanusiaan Tsunami, Gempa Bumi, Banjir, Peperangan, Kemiskinan
2.Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz  Sri Al Ain Aceh Yayasan Antarabangsa Anak Yatim Darul Tahfiz Sri Al Ain Aceh
3.Madrasah Sri Al Ain Semenyih Pusat Tahfiz& Pendidikan
4.Ibadah Korban Nusantara Aceh Padang Jakarta Kemboja Vietnam, Moro, Pattani, Myammar, Dafur
5.Darul Tahfiz Sri Al Ain Prima Damansara, Selangor
6.Yayasan Anak Miskin Al Ain Nusantara (YAMANI)
7.Pemurnian Akidah Kaum Pribumi di Malaysia Akidah Pendidikan Ekonomi Kebudayaan
8.Jihad Pendidikan Asia (JPA) Membasmi buta huruf di Kemboja, Vietnam, Myammar, Indonesia, Moro
9. Kelab Tadabbur Alam Memanjat Gunung Mat Kilau Trail Konvoi Motosikal Lokasi Sejarah




Blog yang berkaitan tentang info Persatuan Belia Sri Al Ain (BERSAMA):
1. www.srialain.com.my ( under maintanance )
2. iktibaronline.blogspot.com
3. hajimuhammadzakaria.blogspot.com
4. sejadahputihrazi.blogspot.com