Alert

Ibadah Aqiqah

Syariat Korban
Takrif Korban
Korban ialah binatang ternakan yang berkaki empat (al-an'am) yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T pada Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyrik (10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah) seperti unta, lembu, kerbau atau kambing.


Hukum Korban:
Sunat Muakkad bagi setiap orang Islam yang mukallaf (akil baligh)


Wajib dengan sebab nazar atau mengisyaratkan kepada binatang yang sesuai untuk korban dengan lafaz seperti "Ini korbanku" atau "Aku korbankan kambing ini"


Makruh bagi orang kaya jika tidak melakukan ibadah korban. (Fiqh Sunnah, Jld. 3, m.s. 189)


ANJURAN KORBAN
Firman Allah S.W.T.:
"Daging dan darahnya tidak sampai kepada Allah tetapi takwa daripada engkaulah yang sampai kepada Allah. Demikianlah Allah menyerahkan haiwan untukmu supaya kamu membesarkan Allah atas apa yang telah ditunjukkannya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat kebajikan." (al-Haj; 37)


Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barang siapa yang dikurniakan seorang anak lalu ia menyukai untuk mengakikahkannya maka hendaklah ia melakukannya."


HIKHMAH KORBAN
1. Mengagungkan kebesaran Allah S.W.T
2. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T
3. Meninggikan syiar Islam
4. Mendidik jiwa supaya ikhlas dan pemurah
5. Mendidik jiwa suapa bersungguh-sungguh berkorban kerana Allah
6. Membantu umat Islam walau di mana sahaja mereka berada
7. Mengingati sejarah pengorbanan besar yang ditunukan Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S
8. Merapatkan hubungan antara umat Islam terutama di tempat yang mengalami kehidupan yang miskin, kebuluran, peperangan dan musibah.


AKIKAH DAN SEDEKAH
Akikah dan sedekah boleh dilaksanakan sepanjang tahun melalui program ini. Untuk akikah lebih afdal menyembelih kambing. Seekor kambing harganya RM500 sahaja.


KEISTIMEWAAN YANG KAMI LAKSANAKAN
Korban dilaksanakan di rumah anak yatim, madrasah, institusi tahfiz al-Qur'an, kampung penduduk fakir miskin dan kawasan umat Islam yang dilanda musibah seperti KEMBOJA, ACEH, SELATAN THAILAND, MORO (SABAH), DAN LAIN-LAIN


Telah berlaku di Malaysia masjid yang menyembelih bilangan binatang korban yang berlebihan hingga daging menjadi busuk,


Kemudian terpaksa ditanam dengan menggali lubang menggunakan jentera pengorek kerana umat Islam di sekitar kariah enggan menerima daging korban. Mereka menggangap mereka tidak layak untuk menerima korban.


Sedarkah kita bahawa pada masa yang sama umat Islam yang berada dalam kemiskinan, bencana alam, peperangan yang berterusan, kebuluran dan dihimpit dengan tekanan politik dan survival agama di negara mereka memerlukan daging yang dibazirkan itu.


GAMBAR
Misi Kemanusiaan ketika berada di Aceh selepas Tsunami




Antara ternakan yang ingin dikorbankan untuk ibadah Aqiqah
















Penduduk sedang memotong daging 
Daging korban sebelum diagihkan 




















Ahli Sukarelawan Persatuan Belia Sri AL Ain(BERSAMA)
















Justeru itu kami sangat berharap kepada umat Islam di seluruh Malaysia yang berniat untuk mengadakan korban buat diri sendiri, keluarga atau orang yang tersayang maka anda di alu-alukan.



Sumbangan anda boleh dibuat berikut:
No Akaun : 2-00-5561-00001319-0    Persatuan Belia Sri Al-Ain (BERSAMA)
Nama Bank : Agro Bank


No comments:

Post a Comment